24.4.07

My Celebrity Look-alikes

Orang tua-tua kata, kita ni kat dunia ni ada 7 orang yang seiras kita. So far, I've only come across seorang sahaja yang people said look like me sebijik. Siap hairstyle pun serupa. His name is Anasri Dahlan, my college mate at Third College, UM. Tapi Anas ni budak pandai, medical student ler katakan. Masa first year dulu he was my floormate pun. Ada sekali tu, I was walking along our hostel's darken corridor and tetiba ada seorang mamat dok called me "Anas, Anas! I turned around and saw this stranger started to talk to me animatedly. Heran jugak masa tu. Siapa dia ni. Rupa-rupanya abang si Anas. After a while baru dia tersedar. Hmm, we must have looked alike alot. In our third year, like any other medic students, he moved to Sixth College and masa tu jarang jumpa Anas nih. Sekali-sekala jer jumpa. The last time I met Anas was masa beli soto kat USJ 3 way back in 1994. Masa tu both of us found out that masing-masing baru kahwin and he was working at Kinrara Hospital. I bet that after 13 years and with 60kg excess on my part, we no longer look alike. That I'm pretty sure.
Anyway, according to this website (below) I ada iras P. Ramlee lar. And I thought I'm waaaay handsome than the good Tan Sri. Oh, well!

My cool celebrity look-alike collage from MyHeritage.com. Get one for yourself.

23.4.07

What's Wrong With Aizat?

Okay, I watched Akademi Fantasia 5, err quite zealously. You know the works - diaries and concerts. And I must say the last concert was one of the best. Dengan intro with the delightful children plus the students' wonderful performance, it was indeed one of the most entertaining concerts ever. I was mostly impressed with Aizat, Mila (very classy ler minah ni), Candy (finally), Shawal, Ebi and even Dafi and Rizal. I'm sorry but we were bored stiff with Heliza's performance while Aswad, although he can sing but as in previous weeks, was utterly comical. In a really bad way and it's not even funny. Urgh.

But the big question is why do most of the well-known AF-related bloggers are shutting out Aizat in their entries. Its like as Aizat is not one of the students. What's happening? Please enlighten me. Anyone? Is it because of his "attitude" in the diaries? I agree he does come across as a pain in the butt most of the time but surely that does not warrant such a treatment!! Or is it?

21.4.07

Farewell My Friend!


Apparently, he was known as Cleo nowadays among colleagues. But back in 1988 when we first started, I simply called him Azman. But I did know he was known as Farouk too (among his personal friends). In our "gila" moments he would called me "penyapu" and he became "mop lantai" for both Azwan and me.
He came into the NST newsroom about a month after me. Dengan baju pelbagai pattern and menghelit2, he soon became very noticeable. With his lovable and contagious and vicious sense of humour, he was certainly well-liked by all. As we were both rookies, we became quite close as we attended similar assignments most of the time.
Although our friendships did not extend beyond office hours (except during several media nite outings), he was one of my closest buddies. You know, the ones that you had breakfast, lunch and tea breaks with.
We became less close when he was transferred to Kuala Terengganu (but I did visit his home there once) and even more so after I got married. After I left NST 10 years ago, we never crossed path again. (I'm really horrible at keeping in touch with friends).
But above all, I vividly remembered Azman during one of his night shifts at the first floor of the old Balai Berita. In between processing stories and all, he would stole quite moments to read and recite ayats from a muqqadam.
Farewell my friend! Rest In Peace My Friend! Semoga roh saudara dicucuri rahmat.
Al-Fatihah!

19.4.07

Ada apa dengan English Language?

Kata kerajaan, penggunaan Bahasa Inggeris didalam subjek Sains dan Matematik sejak 2003 AMATLAH berjaya. Tengok sahaja deretan A yang diperolehi anak-anak kita.

Sebagai bapak, realitinya tidak sebegitu. Saya juga bertemu ramai guru. Ramai yang mengeluh. Susah betul pemerintah hendak menerima kenyataan yang satu ini.

Saya bukan anti bahasa Inggeris. Saya kerja pun di dalam dunia penerbitan berbahasa Inggeris sepenuhnya. Saya juga seringkali berbahasa Inngeris terutama kalau nak tunjuk saya ni terror dan ada sedikit “kelas”. Menulis blog inipun sering di dalam bahasa Inggeris.

Bukan saya anti BI digunapakai di sekolah secara lebih meluas. NAMUN BEGITU untuk membuat sesuatu benda rasanya perlulah pakai akal dan otak kan. Dulu masa perkenalkan bahasa Inggeris dalam subjek Maths dan Sains pada 2003 pun ala-ala tak menyempat-nyempat. Tak bolehkah difikirkan masak-masak dulu sebelum diperkenalkan. Ini tidak, tak sampai enam bulan, ta da.. bye bye BM! Well, that’s Malaysia!!

Di sekolah-sekolah kala ini bukan sahaja anak-anak murid yang tergapai-gapai, malahan cikgu-cikgu pun masih ramai yang mengeluh. Yang lucunya, subjek Matematik dan Sains menggunakan Bahasa English yang jauh terkehadapan dari subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Pengsan bebudak. Kena pulak berapa ramai sangat lah yang pulang ke rumah tetap terus berbahasa Inggeris. Bukan practice makes perfect ke?

Di bawah ada satu pendapat yang saya kutip dari Harakah Daily. Menarik jugak.


Dihantar oleh abuabdillah, on 17-04-2007 08:14
Penggunaan Bahasa Dalam Sejarah

Di zaman Nabi Muhammad saw, baginda hanya membenarkan segolongan kecil sahaja belajar bahasa Ibrani (Hebrew), bahasa orang Yahudi. Orang Islam merantau ke seluruh dunia masa itu mencari ilmu. Sekembali ke benua Arab, mereka menyaring ilmu itu, membuang bahagaian yang bertentangan dengan prinsip Islam dan menulis kembali ke dalam bahasa Arab untuk disebarkan kepada umum.
Semasa kegemilangan tamadun Islam, benua Eropah berada dalam kegelapan (The Dark Ages). Bila mereka bertembung dengan tamadun Islam di Andalusia (Sepanyol), orang Eropah belajar ilmu dari orang Arab dan bila kembali ke tempat masing-masing, mereka menterjemahkan ilmu itu ke dalam bahasa ibunda untuk disebarkan kepada kaum mereka.
Bahasa Arab tidak diguna sebagai bahasa pengantar di benua Eropah, walau pun Eropah lebih mundur dari benua Arab pada masa itu. Namun bila menterjemah ilmu ke dalam bahasa ibunda, dan mengajarnya, akhirnya Eropah maju dan berjaya mengatasi tamadun Arab.
Hasil kajian UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu) mendapati bahawa manusia lebih senang dan berkesan belajar dalam bahasa ibunda. Dalam satu forum di Malaysia baru-baru ini, penegasan sama di buat: “Negara seperti Amerika Syarikat dan Britian yang berpaksikan bahasa Inggeris sebagai bahasa keilmuan pasti terpahat di minda meskipun Jerman, Perancis, Rusia, Jepun, Itali dan Korea yang berkembang dan maju melalui bahasa ibunda masing-masing jauh lebih maju.
Soalnya benarkah bahasa Inggeris bahasa ilmu yang dominan dan penemu kepada inovatif keilmuan dalam sains?
“Tidak ada satupun negara yang telah maju sekarang mengguna bahasa asing (bahasa Inggeris) dalam meneroka dan membina kemajuan mereka.

“Semua negara maju ini sekarang mengguna bahasa ibunda yang berteraskan adat budaya setempat masing-masing apabila mereka cipta dan mengembangkan kemajuan sains dan teknologi mereka,” kata Profesor Ir. Wan Ramli Wan Daud. Pengarah Institut Penyelidikan Sel Bahan Api Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sebaliknya berkata, bahasa ibunda yang berteraskan nilai-nilai budaya asal negara masing-masing adalah pencetus dalam keilmuan sains.
AS dan Britian maju kerana mereka mengguna bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Inggeris. Jerman, Perancis, Jepun, Korea, Itali dan Rusia yang jauh lebih hebat inovasi keilmuannya dalam sains adalah hasil penggunaan bahasa yang berteraskan budaya asal nenek moyang masing-masing.
“Tetapi bahasa Inggeris digunakan untuk menjual inovasi hasil keilmuan melalui penterjemahan daripada bahasa ibunda asal mereka,” katanya.
(W. RAHIMAH DRAMAN “Bahasa Melayu boleh kuasai sains” Utusan Melayu 27 Feb 2007)
Hari ini kita dapat lihat kejayaan manusia bila mereka patuh kepada petunjuk Allah tentang kegunaan bahasa ibunda:

1. China. Benua China mengguna bahasa China, Mandarin, dan beberapa dialek, sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya. Hanya segelintir kecil, lebih kurang 5% dari 1.5 billion rakyatnya belajar bahasa Inggeris. Hari ini China sudah berjaya mencipta bom nuclear, pergi ke angkasa lepas dan berjaya menembak sasaran di angkasa raya. Ekonominya sekarang berkembang paling pesat di dunia. Kejayaan-kejayaan ini mencetus kebimbangan amat besar di Barat.
2. Jepun Jepun antara negara termaju di dunia sekarang. Syarikat kereta Jepun, Toyota, dalam masa terdekat, akan menjadi syarikat pengeluar kenderaan nombor satu dunia, mengatasi syarakiat GM Amerika Syarikat. Sistem pendidikannya juga menekan bahasa ibunda. Ia mengguna bahasa ibunda sehingga ke peringkat universiti. Seorang kenalan saya ke Jepun untuk pengajain PhD di bawah penyelian seorang Jepun yang mahir dalam Bahasa Inggeris. Selepas empat tahun, kawan saya bersedia untuk membentangkan thesisnya. Namun, sebelum itu dia terpaksa menduduki peperiksaan dalam Bahasa Jepun. Hanya calon yang lulus ujian ini sahaja boleh membentangkan thesisnya kerana pembentangannya ialah dalam Bahasa Jepun.. Kawan saya gagal ujian Bahasa Jepun. Dia kembali ke negara hanya dengan hasil kajiannya selama empat tahun tanpa PhD.
3. Jerman dan Perancis Dua Negara ini mengguna bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Jerman dan Perancis adalah negara yang paling banyak mencipta ilmu dalam bahasa ibunda, berbanding dengan U.K. U.K terbelakang dari Jerman dan Perancis dalam penciptaan ilmu baru. Namun ia cepat menterjemahkan ilmu-ilmu dari Bahasa Jerman dan Perancis ke dalam Bahasa Inggeris. Proses penterjemahan amat lembab di Malaysia .
4. Hadiah nobel - Tiada pemenang hadiah nobel dalam sains dan teknologi yang tidak guna bahasa ibunda, melainkan dua beradik dari India. Namun seorang daripada mereka tinggal di USA. Paling ramai pemenang hadiah nobel ialah dari USA, kedua Jerman dan ketiga Perancis,. Dalam bidang maths, tiada seorang pemenang pun yang menang tanpa mengguna bahasa ibunda.
5. Pengalaman Malaysia Selepas tahun 1980, Malaysia mengguna bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Sejak itu pelajar-pelajar Melayu sehingga peringkat SPM cemerlang mengatasi pelajar-pelajar kaum lain. Di seberang laut, pelajar-pelajar cemerlang ini, yang pendidikan asasnya ialah dalam bahasa Melayu, terus cemerlang. Lihat saja senarai pencapaian pelajar-pelajar tajaan PETRONAS di universiti-universiti terkemuka di seberang laut. Pakar-pakar, pensyarah, ahli-ahli professional dan koporat dan ahli professional Melayu, berumur 50 tahun ke bawah, yang menerajui negara majoritinya berpendidikan asas dalam Bahasa Melayu. Ramai daripada mereka datang dari desa dan terdiri daripada keluraga orang kampung biasa dan nelayan.. Ramai pemenang anugerah pertandingan sains dan teknologi antara- bangsa terdiri daripada pakar-pakar sains Melayu yang mendapat pendidikan asas dalam Bahasa Melayu. Kenapa masih hendak tinggal bahasa Melayu dan ikut bahasa penjajah yang menjahanamkan bangsa?

Hasil Kajian Unesco : Rasa rendah diri dan hina, bila guna bahasa asing Contuh di mana bahasa bukan bahasa ibunda di guna ialah India dan Filipina. Kedua mengguna bahasa Inggeris dan negara ini mundur. Pengalaman pahit Afrika Selatan dalam penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Maths dan Sains patut menjadi pengajaran. Kajian Antarabangsa Ketiga tentang Maths dan Sains (TIMSS) dalam tahun 1995 dan TIMSS 1999, melibatkan 41 dan 38 buah Negara, menunjukkan Afrika Sealatan menduduki tempat terakhir dalam maths dan sains, kesan dari penggunaan bahasa Inggeris terlalu awal dalam persekolahan, yang membantut pertumbuhan kemahiran berfikir pelajar-pelajar.
Pengalaman Malaysia sebelum 1980 Sebelum tahun 1969, bahasa pengantar di institusi pendidikan di Malaysia sehingga peringkat Universiti ialah bahasa Inggeris. Namun terdapat juga sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang mempunyai serba kekurangan. Keutamaannya ialah di sekolah-sekolah yang berbahasa Inggeris. Dari merdeka sehinggalah tahun 1980, pencapaian pelajar-pelajar Melayu kurang cemerlang. Majoriti yang cemerlang ialah pelajar-pelajar aliran Inggeris, Cina dan sedikit India dan Melayu, yang majoritinya tinggal di bandar-bandar di mana Bahasa Inggeris diguna secara meluas.

Happy Birthday My Love!!

To My Wonderful Azian

How do I begin to tell you how lucky I am to have you in my life?
I'll start by saying what a gift you gave me the day you became my wife.
You're my best friend in the good times
and my rock in times of sorrow.

You're the reason for sweet yesterdays
and my promise for tomorrow.
I never thought I could feel this loved
until you became my wife.

You made this year and every year the best one of my life.

Happy Birthday My Love
Love always

16.4.07

Sweetness In The Belly

After The Kite Runner by Khaled Hosseini that I read last year, I stumbled upon Sweetness in The Belly by Camilla Gibb. And I was emotionally spent after reading it.
It is indeed a beautifully crafted novel. Sweetness in the Belly transcends the boundaries that are defined by the propaganda makers that pit Islam and the West against one another. This is a profound novel, exploring themes of female circumcision, politics, war, tribalism, yet it is also an exquisite homage to Islam. Some of the most beautiful passages are about Lily's (the protagonist) faith. Islam is her guiding force, as she seeks to discover the true meaning of jihad, "The holy war we have within ourselves ... Our internal struggle for purity".

"Sweetness in the Belly is one of those near-perfect fictions: a sustained flight of imagination backed up by firsthand experience, with a sympathetic but alluringly outré central character and a teeming, colourful supporting cast. That it concerns East African Muslims, both at home in Ethiopia and in exile in London, only adds timeliness to a book that’s already brimming over with an irresistible plot and great social significance… Readers are likely to emerge from its pages feeling bruised but hopeful, and better informed about both Islam and émigrés everywhere." Georgia Straight

A must read.

Sudah Jumpa!!!

Alhamdullillah!! Anak yang hilang sudah ditemui. Sujud Syukor.

12.4.07

Help Find Yin!!



This is 5 year-old Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali. Fondly called Yin, he went missing after visiting the Sogo Complex in Jalan Tuanku Abdul Rahman on March 31.Yin had gone to the complex with his father, 34, and mother, Nur Amizah Ahmad, 25. Nazrin was with his father in the men’s department store when he disappeared.
On Friday, Nur Amizah viewed Sogo’s closed-circuit television footage for the first time, showing Nazrin walking confidently out of the complex. In the 17-minute footage, Nazrin was first spotted at 2.48pm when he played near the escalator on the second floor. He then followed the crowd and took the escalator to the ground floor. About 3pm, he was seen walking towards Jalan Raja Laut. Nazrin was wearing a grey-boxed short-sleeved shirt and a pair of blue jeans at the time of his disappearance.

Until today, Yin is still missing.

His father Shamsul Ghazali, from Medan Klebang Restu in Chemor, Perak, has offered a reward for information on Yin and can be contacted at 012-5090451.

Note: Our hearts and doas for the parents. Moga-moga Yin selamat dan sihat dan dapat ditemui. As a parent I empathize with them. We went through quite a similar traumatic experience many many years ago at Sunway Pyramid. We were in a shop browsing through the shirts and what not when suddenly we realized Arissa, then 3 year old, had gone missing. Both Yan and I thought we would die that instant. Luckily, we found her a few minutes later. We we so traumatized then that we went straight home and did not venture into any shopping malls for almost two years thereafter.

7.4.07

Pesta Main Air


Scene 1

I'm a person who would not come near any public events, with the exception of a Pesta Buku, of course. So you won't see me at events like Jom Heboh segala. Suffocating ler.
Anyway, that's going to change as I'm currently in Langkawi attending the launching of National Water Festival. I came yesterday (Friday) with Marilyn. Yesterday, we spent our day at Pantai Cenang where most of the events are being held. I'm writing this entry at a media centre in Dataran Lang where the official opening of the festival will be held in like 15 minutes. Lucky me as the media centre siap ada Internet connection and yang penting sekali ada air-cond. Very me.
Anyway, tak kenal maka tak cinta. I'm here and actually the atmosphere is not bad. Very meriah. I guess you have to be present to enjoy and soak in the fun of any events. Beat watching it over TV, anytime. So, next I guess would be Konsert AF. Yeah right!
The Pesta Air yesterday was a lot of fun. And this evening later ada Mawi and Anita Sarawak.
I'll post the picture (by Marilyn) later. Didn't bring the camera le pulak.
Anyway, now I'm going out to the tapak pelancaran. I'll update later on...

Scene 2

Okay, the launch was successfully done. Very the RTM with long boring speeches. Why these VVIPs need to deliver long boring speeces during events like this is beyond me? Bukannya ada orang pay attention pun. Anyway kalau opening macam ni tak sah la kalau tak disusuli dengan persembahan kebudayaan and hiburan. Jadilah kan untuk ganti missing the Konsert AF number 4. Sapa yang kena sembur dek Ogy malam ni ya? Dalam pada boring-boring tadi, I decided to become a judge for the persembahan artis. Here's my take:

Mawi (Perempuan): Mawi, kalau macam ni ler awak nyanyi, malu tau jadi juara AF. Apasal awak nyanyi mesti tengok lantai. Awak tak hingat ke penonton yang ada kat sini?

Anita Sarawak (Celebration and Seksis): Mintak maaf ler Kak Nita, saya sikit pun tak faham apa yang Kak Nita nyanyi. Kena improve diction ni. Dan kalau nyanyi, boleh tak jangan over-over. Kena faham apa lirik agu.

Datuk Ahmad Jais (Cenderawasih): Maaf Datuk. Datuk kalau nyanyi boleh tak jangan jalan merata-rata. Rimaslah. Nak jalan kena ada sebab, bukan main suka aje.

David Arumugam (Sampaikan Salam): Dey, apa masalah awak? Tak dak tenaga! Malu saya tengok.

See, very Ogy-based punya comment.

5.4.07

Maafkan Saya!???

Dulu-dulu masa zaman secondary school, my young brother has this group of friends. Very kamceng one. About five or four of them. And one day, one of the friends father passed away. When they met this friend, the others offer their condolences macam ni: "Maafkan saya!" (as in "I'm sorry" macam orang putih selalu cakap). Lepas sorang-sorang cakap macam ni.
Bila dengar citer ni, I was tergolek-golek gelak. I asked my brother: "Apasal mintak maaf lak?Kome dah pergi murder bapak dia ker?"