3.10.06

Kantoi Masa Main

Ini cerita masa budak-budak kat rumah masih dia orang kecik. Zaman dia orang belum sekolah lagi. Dah namanya bebudak, macam-macam games dia orang akan main. Dari main dolls ke main masak-masak.

Satu hari dia orang bertiga main doktor-doktor. Bukan tak de toys macam doctor equipment dibeli tapi tah macam mana hari tu dia orang jumpa satu benda yang serupa dengan thermometer (betul ke nih). Jadi dia orang pun guna lah benda tu main doktor-doktor.

Siap yang sakit tu masuk dalam mulut lagi thermometer tu – kononnya nak check temperature lar tu.

Apakah dia sebenarnya yang dikatakan thermometer itu?

Err sebenarnya benda itu ialah pregnancy kit yang telah digunakan oleh Yan. Kah! Kah! Kah! Kah!

2.10.06

Malam Lailatu Qadar

Di Bulan Ramadan ini ramai orang berlumba untuk mengejar kelebihan malam Lailatul Qadar. Ini kisah bulan puasa my mother in law a few years ago. Masa tu she stayed with us kat rumah lama di USJ 20. I have to record this story.

Satu malam di bulan puasa masa tu, my mother in law menunaikan solat tarawikh kat rumah jer sebab hari tu dia tak larat nak ke masjid. Dia solat agak lewat macam after midnight gitu.

Dalam pada dia solat tu tetiba dia tercium bau yang harum mula menusuk hidung dia. (Masa ni kami semua dah tidur) Makin lama makin harum suasana dalam bilik dia. Alhamdullilah kata hati mak mertua saya ni. Dapat merasa malam Lailatul Qadar. Maka orang tua tu pun lepas selesai solat tarawikh terus sujud syukur. Bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang sebegini rupa. Lepas solat dia pun keluar bilik dengan hasrat nak beritahu kami yang dah lama belayar ke Bidor. Bukak2 jer pintu bilik tengok2 suasana putih (macam kabus) menyelubungi rumah.

Dan dalam kabus tebal tu, duduk Arissa (masa ni umur dalam tiga atau empat tahun) sedang main dan menghabiskan sebotol bedak Baby Carrie yang baru dibeli.

Tu yang wangi satu rumah tu!!!

1.10.06

Phobia



A phobia (from the Greek ????? "fear"), is a strong, persistent fear of situations, objects, activities, or persons. The main symptom of this disorder is the excessive, unreasonable desire to avoid the feared subject.


I was watching Anita over Astro Ria tadi and the topic today was Phobia. Quite an interesting subject matter. Both Yan and I were laughing at some of the phobia yang people suffered. Like Alam phobia bawak kereta. And Aznil Nawawi takut air laut, binatang and telur. Yes, telur. Don't know why but another guest also takut telur and they forced him to eat telur tadi, memang torture nampak budak tu tadi. Tu belum tengok other guests yang takut binatang seperti ular and benda2 berbulu attempted to conquer their phobias but ended up menangis2 and terjerit2.

Yes we can laugh but if you have a fear of certain things, it is not funny anymore.

Soalannya sekarang ialah apakah benda yang I fear? Banyak actually. I used to be afraid of height tapi rasanya sekarang ni dah tak lagi kot. Otherwise I won't be living on the ninth floor like I am now, right? I remembered masa sekolah rendah dulu pergi ikut rombongan sekolah ke KL. Dalam banyak tempat nak pergi melawat benda yang mula-mula sekali kena pergi ialah Batu Caves yang ada beratus-ratus tangga tu. Masa pijak second steps kat tangga tu dah rasa gayat giler. So the whole entire rombongan left me at the bottom while they enjoyed the view from the top.

I have a phobia of reptiles too. It's more geli than takut actually. Ini phobia sejak azali kot. And seingat saya ada dua incidents yang I think Tuhan nak uji as far my phobia of binatang is concerned.

Kali pertama masa sekolah menengah. Masa tu nak tidur jadi ambil bantal (masa tu bantal simpan dalam built-in closet) and terus ler nak membuta. Tetiba macam rasa tak selesa dan telinga macam berbunyi. Mula-mula ingat tak de apa-apa, tetapi makin lama makin kuat bunyi. Ingatkan ada lipas ker dalam bantal jadi seluk le sarung bantal tu, rupa-rupanya ada tikus. Apa lagi melompat ler terus tak boleh tidur.

Dan yang terbaru a few months ago masa balik ke rumah mak di Temoh. Masa tu pagi masuk bilik air and I was sitting on the throne. Sambil baca paper. Tetiba jer ada seekor biawak hidup yang sepanjang 2 kaki datang melilit by body seluruh badan. Apa lagi ler- pekik ler sampai satu kampung boleh dengar.

Agaknya still traumatised dengan these two incidents, I am still having a phobia over binatang yang sewaktu dengannya.

Macammana nak ubat tu ha?

30.9.06

Pantang Asma

Asma, anak dara kami yang kedua ada satu pantang. Dia pantang tengok satu-satu benda lepas tu mesti nak. Macam...

1. Awal tahun ni, kami tertonton Australian Open Tennis Championship kat Astro. For some reason, dia boleh jadi minat tengok and was so impressed dengan Martina Hingis who was then making a comeback. And she decided to become a tennis player macam Martina. Dan Bapak dia pun pergi ler beli racket tennis ...tambah pulak kat rumah ni ada tennis court. Sekarang dah nak masuk bulan October dan kami baru pergi main tennis sebanyak DUA kali sahaja. So much for tennis...


Martina Hingis in action

2. March hari tu kami tengok World Cup Show Jumping and were so taken up by the kuda-kuda yang melompat-lompat tu. Asma pun decided that she wanted to bela kuda and become a sh0w jumper one day. Macam orang kaya lar. So Bapak dia pun berangan sama - "kita beli satu abandon castle kat mana-mana di UK lepas tu kita bela kuda banyak2. Lepas tu kita cakap orang putih siap ngan thick English accent dan pakai baju lawa-lawa pergi Ascot." (Masa berangan tu luper pulak Ascot to tempat race kuda bukan tempat kuda melompat)

3. And latest sekali lepas tengok citer Heart tempoh hari, Asma decided she wants to become macam Nirina Zubir. So hari-hari mintak Mak dia potong rambut pendek macam character Nirina dalam cerita tu. Ingat muka dia lawa macam Nirina ler tu. Tapi cuba tengok betul2 gambar Nirina kat bawah ni, she's better looking with her long hair. So keep your hair Asma. Kang potong pendek2 jadi macam Bapak menyesal tau.

Nirina Zubir berambut panjang

27.9.06

Heart


Sehari sebelum puasa kami berlima ke bioskop pergi nonton film Heart. Aha. Jangan main-main. Kali terakhir saya sendiri ke movie nonton film Indonesia ialah masa saya sekolah rendah masa musim raya (biasalah zaman dulu , Raya ajer orang serbu Rex ker atau Cathay ker atau Lido ker atau Majestic ke) tengok wayang. Habis satu kampung keluar pekan pergi panggung wayang. Dah tak ingat dah citer apa yang ditonton kala itu, tapi yang pasti ada Sophan Sophiaan dan bini dia Widyawati.

Anyway, kisahnya Heart hari tu pun sebab tiga anak dara kami veto nak tengok cerita tu. Kalau saya muda lagi harus saya enjoy citer Heart ni tapi dah tua2 ni tak berapa nak boleh relate lagi. Yan pun sama. Dah ler citer dia slow moving sesangat - hampir2 kami tertidur. Tambah pulak memang ngantuk masa tu. Tapi citer Heart ni bukanlah boring tapi quite good cuma kami letih aje masa tu. And the acting especially by the three main characters are quite superb. Nirina Zubir memang outstanding. Script dia pun not bad jugak. Kenapalah filem Melayu tak der yang macam nih?

TETAPI, soundtrack filem ini amatlah mengujakan (yeah finally boleh use this word mengujakan) especially the title track iaitu My Heart dan lagu Pencinta Wanita (Yan panggil lagu ni lagu buaya. Nak tahu kenapa dengar ler lagu nih). Lagu2 lain pun sedap bangat jugak bung. I think this is the first time after Flashdance (ha ha ha) that saya sangat enjoy satu soundtrack filem. Better than Titanic soundtrack even.

Kalau tak sempat tengok movie ni, beli soundtrack dia. Memang Berbaloi.