26.9.06

Ustazah Arissa

Ustazah Arissa dengan pose ayu masa pergi tengok kuda melompat


Hari ni hari ketiga kita berpuasa tetapi rasanya lah puasa tahun ni agak mencabar sebab banyak pantang larangnya. Semuanya kerana Arissa. Uztazah Arissa mengenakan banyak pantang – larang di bulan Ramadan ni. Antaranya:

* Tak boleh bersembang (elok ler jugak kot sebab tak de lar terlajak nak mengata orang kot, tapi still….)

* Mak ngan bapak tak boleh sentuh-sentuh (ye lar tahu lar. Tapi bukan hari lain pun Arissa tak kasi sentuh ke?)

* Tak boleh mendedahkan tubuh badan

* Tak boleh pakai minyak wangi

* Tak boleh marah-marah (Alia and Asma please take note).

* Tak boleh tengok TV (tapi dia tengok Animax tak pe. Siap letak note kat TV lagi yang berbunyi: Siapa Tengok TV Kena Simpang Malaikat 44. Tapi Kalau TV Islam tak kena Simpang Malaikat 44. Boleh?)

24.9.06

Ramadan Al Mubarak


SELAMAT BERPUASA.
MOGA AMALAN KITA DITINGKATKAN..
MOGA AMALAN KITA DITERIMA


· Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
· Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

22.9.06

In Coversation With Arissa

Arissa, our beautiful youngest girl (and still my baby girl), came home and had this conversation over lunch today:


Arissa: Bapak, malam ni kena tengok anak bulan, tau!!

Mak: Kenapa pulak?

Arissa: Tengok anak bulan.... nak tahu bila puasa.

Bapak: Alah, bukak je lar TV. Apahal ler pulak nak mencari anak bulan.

Arissa: Taaak Boleeeh! TV tu tengok boleh tapi kena tengok anak bulan jugak.

Bapak: Aik, kat mana ler pulak bapak nak tengok anak bulan ni?

Arissa: Kat KLCC pun boleh. Tapi kat luar tu pun boleh jugak.

Bapak ngan Mak: Oooooh

(Satu hal ler pulak kan?)

21.9.06

Innocent Lives


Bila tengok gambar lama-lama kadang-kadang nostalgia ler pulak. Macam gambar yang ini, betapa innocentnya hidup budak-budak zaman dulu kala. Ini gambar seorang abang sedang mendukung adiknya pada tahun 1978. Yang abang tu masa ni Form 2, adik (sebenarnya sepupu) tu 4 tahun. Gambar dirakam depan rumah opah dia orang berdekatan Ipoh.
Masa dia orang amik gambar ni mesti dia orang tak sangka saiz badan mereka akan berubah menjadi begitu drastik (terutamanya si abang ler) setelah mereka dewasa dan berumah-tangga. Harga sebuah kemajuan adanya!

Gambar Lama

Hari ni main scanner kat office lagi. Ini lagi dua gambar-gambar lama yang telah berjaya diabadikan. Enjoy !



Gambar ini menunjukkan sepasang pengantin baru pada zaman 90an. Agak lama la jugak sebab majlis perkahwinan berlangsung pada millenium yang lalu. Apa yang menarik tentang pasangan ini ialah pengantin perempuan tu dengar khabarnya kena kahwin paksa!! Tetapi kalau diperhati dengan betul2, rupa pengantin perempuan ada iras-iras Permaisuri Agung Siti Aishah ler pulak kan? Kan? Kan?



Anak sapa ler yang cute cute ni. Ish? Comel-comel belaka - ni kalau besar nanti kenalah kahwin dengan anak-anak raja ker, tak pun mana-mana Datuk yang tidak bermisai, masih berusia muda dan tidak beristeri.