30.9.06

Pantang Asma

Asma, anak dara kami yang kedua ada satu pantang. Dia pantang tengok satu-satu benda lepas tu mesti nak. Macam...

1. Awal tahun ni, kami tertonton Australian Open Tennis Championship kat Astro. For some reason, dia boleh jadi minat tengok and was so impressed dengan Martina Hingis who was then making a comeback. And she decided to become a tennis player macam Martina. Dan Bapak dia pun pergi ler beli racket tennis ...tambah pulak kat rumah ni ada tennis court. Sekarang dah nak masuk bulan October dan kami baru pergi main tennis sebanyak DUA kali sahaja. So much for tennis...


Martina Hingis in action

2. March hari tu kami tengok World Cup Show Jumping and were so taken up by the kuda-kuda yang melompat-lompat tu. Asma pun decided that she wanted to bela kuda and become a sh0w jumper one day. Macam orang kaya lar. So Bapak dia pun berangan sama - "kita beli satu abandon castle kat mana-mana di UK lepas tu kita bela kuda banyak2. Lepas tu kita cakap orang putih siap ngan thick English accent dan pakai baju lawa-lawa pergi Ascot." (Masa berangan tu luper pulak Ascot to tempat race kuda bukan tempat kuda melompat)

3. And latest sekali lepas tengok citer Heart tempoh hari, Asma decided she wants to become macam Nirina Zubir. So hari-hari mintak Mak dia potong rambut pendek macam character Nirina dalam cerita tu. Ingat muka dia lawa macam Nirina ler tu. Tapi cuba tengok betul2 gambar Nirina kat bawah ni, she's better looking with her long hair. So keep your hair Asma. Kang potong pendek2 jadi macam Bapak menyesal tau.

Nirina Zubir berambut panjang

27.9.06

Heart


Sehari sebelum puasa kami berlima ke bioskop pergi nonton film Heart. Aha. Jangan main-main. Kali terakhir saya sendiri ke movie nonton film Indonesia ialah masa saya sekolah rendah masa musim raya (biasalah zaman dulu , Raya ajer orang serbu Rex ker atau Cathay ker atau Lido ker atau Majestic ke) tengok wayang. Habis satu kampung keluar pekan pergi panggung wayang. Dah tak ingat dah citer apa yang ditonton kala itu, tapi yang pasti ada Sophan Sophiaan dan bini dia Widyawati.

Anyway, kisahnya Heart hari tu pun sebab tiga anak dara kami veto nak tengok cerita tu. Kalau saya muda lagi harus saya enjoy citer Heart ni tapi dah tua2 ni tak berapa nak boleh relate lagi. Yan pun sama. Dah ler citer dia slow moving sesangat - hampir2 kami tertidur. Tambah pulak memang ngantuk masa tu. Tapi citer Heart ni bukanlah boring tapi quite good cuma kami letih aje masa tu. And the acting especially by the three main characters are quite superb. Nirina Zubir memang outstanding. Script dia pun not bad jugak. Kenapalah filem Melayu tak der yang macam nih?

TETAPI, soundtrack filem ini amatlah mengujakan (yeah finally boleh use this word mengujakan) especially the title track iaitu My Heart dan lagu Pencinta Wanita (Yan panggil lagu ni lagu buaya. Nak tahu kenapa dengar ler lagu nih). Lagu2 lain pun sedap bangat jugak bung. I think this is the first time after Flashdance (ha ha ha) that saya sangat enjoy satu soundtrack filem. Better than Titanic soundtrack even.

Kalau tak sempat tengok movie ni, beli soundtrack dia. Memang Berbaloi.

26.9.06

Ustazah Arissa

Ustazah Arissa dengan pose ayu masa pergi tengok kuda melompat


Hari ni hari ketiga kita berpuasa tetapi rasanya lah puasa tahun ni agak mencabar sebab banyak pantang larangnya. Semuanya kerana Arissa. Uztazah Arissa mengenakan banyak pantang – larang di bulan Ramadan ni. Antaranya:

* Tak boleh bersembang (elok ler jugak kot sebab tak de lar terlajak nak mengata orang kot, tapi still….)

* Mak ngan bapak tak boleh sentuh-sentuh (ye lar tahu lar. Tapi bukan hari lain pun Arissa tak kasi sentuh ke?)

* Tak boleh mendedahkan tubuh badan

* Tak boleh pakai minyak wangi

* Tak boleh marah-marah (Alia and Asma please take note).

* Tak boleh tengok TV (tapi dia tengok Animax tak pe. Siap letak note kat TV lagi yang berbunyi: Siapa Tengok TV Kena Simpang Malaikat 44. Tapi Kalau TV Islam tak kena Simpang Malaikat 44. Boleh?)

24.9.06

Ramadan Al Mubarak


SELAMAT BERPUASA.
MOGA AMALAN KITA DITINGKATKAN..
MOGA AMALAN KITA DITERIMA


· Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
· Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

22.9.06

In Coversation With Arissa

Arissa, our beautiful youngest girl (and still my baby girl), came home and had this conversation over lunch today:


Arissa: Bapak, malam ni kena tengok anak bulan, tau!!

Mak: Kenapa pulak?

Arissa: Tengok anak bulan.... nak tahu bila puasa.

Bapak: Alah, bukak je lar TV. Apahal ler pulak nak mencari anak bulan.

Arissa: Taaak Boleeeh! TV tu tengok boleh tapi kena tengok anak bulan jugak.

Bapak: Aik, kat mana ler pulak bapak nak tengok anak bulan ni?

Arissa: Kat KLCC pun boleh. Tapi kat luar tu pun boleh jugak.

Bapak ngan Mak: Oooooh

(Satu hal ler pulak kan?)