26.10.06

Raya Ini - Boots Balik Kampung

Finally, after stranded at home on the first day of Raya, the three new boots finally got to see some action on the second day of Raya. Yeay! The Boots Balik Kampung jumpa Opah Kampar. Jumpa Kak and anak-anak serta Kak Encik and family. Best Sesangat!!!!! Tapi tak sempat nak menunaikan permintaan Nisah and Fudhail - yang tak berhenti2 mengSMS - mengajak untuk beraya bersama di rumah Yong sebab kesuntukan masa. Tak pe lar... tanpa kami pun anda masih boleh bersuka ria dengan meriahnya. Kan.. kan ..kan ..kan. Apapun Balik Kampung memang enjoy !!!

Selalunya...selalunya lar, kalau Raya rumah Kak mesti ada benda baru macam tudung tingkap baru ker atau yang sewaktu dengannya. Kali ni tak perasan pulak whether the langsir are new but bilik Aisyah and Nurul dah di cat baru, siap ada feature wall lagi. Suasana raya ker atau suasana ...... Anda hakimilah sendiri yek?
Ini cousin Yan, Kak Encik (nama glamour Aisya) dan suaminya Abg Din. Kami sebenarnya masa di KL pun dah jangka mesti Kak Encik antara orang yang akan terpegun dengan boots yang balik kampung beraya kali ni....
Betul bagai dijangka.... ini dia sedang try the boots, nasib baik ler kaki masih saiz kanak-kanak ria.Alia and Opah Kampar yang tak lama lagi akan menerima cucu menantu. "Practicality, my dear mother in law, practicality."
Arissa, Aisyah, Alia and Asma - eh eh eh sumer starts ngan A.
Anak Kak Encik, anak Kak and anak Yan. Pilih, pilih pilih.
Mak Kampor bergambar dengan cucu dia and anak cucu Kak Yah (Kak Yah ni neighbour Mak paling kamceng di Taman Melayu Jaya). Ni dia orang datang beraya kat rumah Kak. Sebab semuanya mesra-mesra alam, maka bergegar ler rumah Kak sekejap. Siapa yang bercakap siapa yang mendengar entah ler ya!!! Dengar citer, anak-anak Lina dan Ami pun turut try the boots jugak. Fofular ler pulak boots nih yer?
Soalan: Mana Nurul yer? Tak de gambor pun?

Raya Ini - Ziarah Pusara

Hari Raya Kedua. We balik kampung and singgah menziarah pusara kedua-dua Allahyarham Ayahanda tercinta. Journey back home was quite pleasant as there were not many vehicles on the highway considering the Raya season is still in full swing. By the way, bunga kat atas to cool kan? Found it in abundance kat kawasan perkuburan. Reminded me of my childhood as dulu ada pokok bunga ni depan rumah. Masa tu punye ler banyak bunga ni bertaburan depan rumah and we could still cium the bau wangi bunga tu. Apa ra melalut ni....



The ladies at my youngest brother's grave (Mior Azmir 1972-998). Yang kat atas sekali tu was my dad's resting place (Mior Md Isa Haji Mior Mahmud 1934-1988). Ini di Temoh.
Then we moved on to Air Itam, Kampar. Ini kubur bapak Yan (Hasan bin Ngah Ismail 1928-1982). Masa kat sini, we found out that the cemetery dah di upgrade siap ada pagar baru and more well-kept. Penyudahnya melilau-lilau jugak mencari kubur bapak. It does not help when the girls ikut tolong mencari kubur tok dia orang sebab mencari pun dengan mulut2 sekali - "Ini ker emak? Kat situ ler mak! dan sebagainya" Orang-orang lain yang ada kat situ pun heran apahal ler lima beranak riuh rendah mencari kubur. Apa punye anak le kan, kubur bapak sendiri pun tak jumpa.

25.10.06

Raya Ini - Petronas Ads

Every Raya, Petronas advertisements are very much anticipated by many. Over the years, it has become one of the much awaited advert on TV. Rightly so as each year it managed to capture the hearts and attention of million of TV viewers with its simple yet deep (often heart-rending) potrayal of our everyday lives.
This year's Petronas Raya Ad is no exception. It is about an aging and sickly father who - because of his sickness - was "forced" to menumpang at his daughter's beautiful house and how his snobbish son-in-law treated him. Memang real. And I like the part where they showed the photo of the father and his daughter when they are younger and the fdather was healthier.
With that in mind, I decided to capture the Raya mood this year with my daughters...


My beautiful Alia
My pretty Asma
My gorgeous Arissa

Raya Ini - Banjir ler pulak

Kami suami isteri sedang mengemas rumah dari bahana air banjir (gambar kecik jer yee, sebab orang dalam gambar tu dah cukup besar)


Tadi malam hujan lebat gila. Mencurah-curah. Angin kencang sesangat. Ingatkan nak gi beraya ke rumah Anom di Gombak, tapi disebabkan hujan maha lebat tadi, rumah kami kat 9th floor dimasuki air - makanya cancel ler plan tu. Melimpah-limpah hingga ke living hall. Masa ni Kak Nah and famili sedang beraya. Terperanjat jugak. Ingatkan dah duduk tinggi ni tak de la kes banjir nih. Tapi Tuhan punya kuasa, air tetap masuk through the balcony's sliding door. Ya sapa kata duduk tinggi ni tak kena banjir. Tu yang tak jadi pergi rumah Anom tu, tambahan takut ler pulak kot ada flash flood kat KL, kang lagi haru.

24.10.06

Raya Ini - Open House

Aidil Fitri 1427 (2006)

Raya tahun ni, we did something really different. We did not go beraya to a single house pun. Instead, people came to our place in USJ 17. Tak de la ramai manapun tapi tak putus jugaklah tetamu hingga ke malam. Apart from my brother and his family mostly yang datang ialah my cousins yang dah lama jadi rakyat KL. Cousins from both sides - mak and bapak. (By the way, dalam pada sibuk2 tadi tak sempat ler pulak ambik pix my cousin Kak Yan and her family and Kak Yah dari Section14 PJ. Rugi pulak rasanya sebab cucu Kak Yan and Abang An yang sepasang tu punyer ler handsome and cute - kira my cucu sedara lar - anak Jaja and Hatta).



The Pretty Ladies of Mior
The Brothers
(Masa ni baru perasan yang abang aku ni rambut dia colour merah ler, natural colour ke? musykil pulak)
My brother's family sedang beraya. Sambil beraya tengok TV
Yan the perfect host with cousin Iza and her youngest son. Iza and hubby Shook lived in USJ 11, about 5 minutes away from our place. We used to be the very close but not anymore. Memasing sibuk jadi jumpa dalam setahun sekali pun payah. Orang bandar ler katakan. Tadi pun kami terkejut beruk tengok anak bongsu dia dah boleh bercakap pun.
This is Ina and Kidin with their sons. Makcik ni kalau berjumpa macam tak jumpa bertahun - tapi memang betul pun dah bertahun tak berjumpa. Riuh rendah suasana Hari Raya adanya.
This is Mikail. Ina's second son. Kalau ada award for tetamu paling passionate this year - this is the winner. Seronok tengok dia makan, penuh gaya dan penuh emosi. Lepas kenyang, terjumpa pulak pistol mainan Afiq, terus berlari sana-sini sambil nyanyi lagu " Gerak Gerak Khas". Terbongkar rahsia mak dia, tengok Gerak Khas rupanya. Mesti tengok Sembilu jugak kan?
Mak Temoh dan cucu lelaki sulong dia Adam. Suruh Arissa ambikl gambar sekali tak mahu ler pulak dia.