28.8.06

The Most Stupid Wedding of the Year

Sebolehnya saya tidak mahu menulis tentang perkahwinan Siti dan Datuk K di dalam blog ini. Tercemar nanti blog ini dengan cerita paling bodoh abad ini. Dan juga saya tak punya masa nak menulis pandangan saya tentang cerita bodoh baghal perihal perkahwinan yang sederhana tetapi meriah ini. Ye lah tu, banyaklah ko punya sederhana, Siti.

Tetapi di Berita Harian hari ini ada komen-komen menarik yang sebetulnya mewakili apa yang dirasai kebanyakan rakyat Malaysia kala ini. Maka saya pun ambil langkah mudah – cut and paste. Mari kita baca -

Saleha Hussin daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang memberi pandangan. “Kami memang mual dengan hebahan besar-besaran mengenai perkahwinan Siti dengan Datuk K seolah-olah kehidupan rakyat Malaysia hanya tertumpu di situ saja sedangkan kebanyakan majlis yang diuar-uarkan itu bertentangan dengan agama dan akidah meskipun pihak mempelai mencanang-canangkan agama dalam percakapan dan hebahan mereka.Ini riak dan takbur, namanya. Tuhan marah. Dan bagi manusia biasa seperti saya, sungguh memualkan. Bukan saja mual bahkan loya, muak, jemu dan bosan. Saya pasti lepas ini pihak media, terutamanya TV3, akan bersorak-sorak menyebut mengenai jumlah rating TV3 pada malam 28 Ogos nanti - 10 atau 50 juta orang!Orang hanya menonton, kemudian jadi bahan umpatan. Wajarkah? Membeli surat khabar pun saya sudah malas sekarang ini. Saya mual membaca berita yang sama saban hari.?

Ini pula dari seorang pembaca lagi, Badri namanya:
Dalam pada kecoh orang kat KLCC, timbul pula kecoh penonton televisyen. Mereka dah tak tahu saluran mana yang harus mereka tumpu malam ini kerana rupa-rupanya dalam pada TV3 membuat lintas langsung wedding of the decade, pihak RTM dan Astro pula berkolaborasi menerbitkan program yang tak kurang sensasinya iaitu kisah Nordiana Naim dan Asmawi Ani.
Nak buat apa mereka nak temukan Ina dan Mawi tu. Perkara yang sudah tu sudahlah.Lagi pun Ina pun dah mulakan hidup baru. Mawi dan Ina pun dah mahu lupakan sejarah silam. Biarlah budak-budak tu tenang merencana hidup mereka,? Memanglah kalau ikutkan ramai hendak saja melihat Ina dan Mawi berbaik semula. Ramai dah baca buku Catatan Duka Nordiana Naim tu. Memang tulus dan ikhlas hubungan cinta mereka. Terasa benar jujur cinta mereka. Sedih juga apabila akhirnya cinta mereka terpaksa berkubur saja.
Saya rasa kalau Mawi dan Ina yang bersanding macam Siti dan Datuk K tentu nampak lebih manis lagi. Iyalah masing-masing bujang dan dara. Kalau mereka nak naik kuda dan melambai-lambai pada peminat pun tak ada orang yang nak bantah. Tapi janganlah pula nak buat siaran langung kerana itu memang memualkan. Geli.