14.2.07

Yan Mimpi Lagi!!!!


Last night, Yan mimpi lagi. dah lama Yan tak mimpi and bila mimpi memang max dia punya pelik. It goes something like this.....


"Yan dapat jemputan pergi majlis bertunang Kak (her elder sister, which I must say is one of the most fantastic super single moms we ever come across). Majlis diadakan kat rumah Yong (their eldest sister) di Simpang Pulai. Yan punya lar confuse sebab dia tak involve langsung dalam aturcara majlis. Hanya tercangak-cangak jadi jemputan semata-mata. Siap dijemput duduk untuk menyaksikan majlis sahaja. Duduk dengan Nyah and Abang Lan lagi (her brothers). Yong as a host memang ler sibuk ke sana ke mari. Dah ler tu, yang bertunang tu pun (mengikut mimpi Yan, yeer), pun tak duduk diam. Asyik sibuk melayan orang yang datang. Yong siap keluarkan set pinggan mangkuk baru lagi. Dalam mimpi tu Yan siap berkata dalam hati lagi "Cih, Yong ada set pinggan lawa rupanya. Tak aci betoi!!!!"

Anyways, hantaran dari pihak pompuan temanya kaler hijau tua. Dan rombongan lelaki pulak ala-ala mamak gitu. Dan kaya-raya. Tapi depa tak pulak bawak hantaran. Lepas makan-makan kat rumah Yong, hadirin dijemput ke sebuah dewan. Rupa2nya hantaran pihak lelaki ada kat situ. Dan hantaran pihak lelaki ni besar-besar gedabak ler pulak tak pernah dibuat orang. Agaknya kereta pun ada jadi hantaran. Maklumler kahwin ngan orang kaya.

Lepas tu, pihak lelaki ajak para jemputan untuk menikmati jamuan satu round lagi. Kali ni, Yan duduk sebelah Datin Rosmah Mansor (ala Najib punya wife tu). Sibuk Yan tolong tolong sendukkan nasi segala kat Datin ni. Dalam hati Yan masa ni siap berkata" Ini kena bagitahu Wancik and Chu (both are my aunts) kat Pengkalan nih!!!"

Dalam pada menjamu selera masa ini, para tetamu dihidangkan perihal slide show bagi memperkenalkan pengantin lelaki. Dalam slide tu pengantin lelaki ditunjuk tengah bergambar dalam lab buat kerja -- rupa2nya PH.d student ler pulak. Masa ni Yong pulak cakap " Eh! menantu saya pun belajar kat sini jugak... coursemate Azham rupanya ya".

Lepas tu Yan pun terjaga sebab dah azan Subuh.... let's keep our finger cross kot kot ada sambungannya nanti....


Tapi penatler mimpi style ni.... kan kan!!