8.6.11

Yang best dan yang klasik

Dua minggu lalu ketika lawatan bulanan kami ke MPH, kami bawa pulang Pecah karya Khairulnizam Bakeri dan karya klasik To Kill a Mockingbird oleh Harper Lee. Macam bagus sahaja padahal di rumah sana masih bersusun buku yang belum dibaca. Tapi sudah memang dasar semulajadi… beli jangan tak beli.


 

Lagipun Asma sudah lama kepingin mahu membaca How To Kill A Mockingbird setelah lewat setahun lalu dia dapat membaca To Catch a Rye oleh J.D Salinger  (yang tak ada apa-apa cerita pun tapi entah kenapa tetap menarik, katanya ketawa).

Oh satu perkara, malangnya MPH Subang Parade tiada kedapatan Kerana Terpaksa oleh Ilham Kalsom aka Elviza Michelle (rakan blogger saya yang sekarang belum ada kesempatan berjumpa). Dengar khabar, cerita yang itu amat menarik….. mesti cari.

Tetapi sekarang saya sedang membaca The Throne of Fire (beli last week di Popular Sunway), buku kedua dalam siri Kane Chronicles hasil penulis kegemaran saya masa kini Rick Riordan. Ketika ke situ, juga masih tak ketemu Kerana Terpaksa… wah payah sungguh mahu membeli.

Apapun, entri kali ini saya mahu bercerita pendek mengenai Pecah (nak reviu panjang-panjang pun sudah ramai yang berbuat demikian). Saya baru tamat khatam buku itu dan saya amat menyukainya. Seperti biasa Asma sudah membacanya terlebih dahulu dan dua perkataan yang keluar dari mulutnya ialah: “Best Giler!”

Kini saya sudah pun membacanya (walaupun terhegeh-hegeh cuba membaca pantas sebelum rasa ngantuk menguasai diri) dan saya amat bersetuju --- Pecah Memang Best Giler.

Garapannya amat bijak dan saya kini berangan mahu jadi sebijak Khairulnizam Bakeri dan menulis novel sebaik itu. Bilalah agaknya tu?

Sebelum itu saya mahu baca lain-lain novel terbitan Fixi jugak yang rata-rata menerima ulasan baik. Hmm, tunggu gaji hujung bulanlah.