27.9.06

Heart


Sehari sebelum puasa kami berlima ke bioskop pergi nonton film Heart. Aha. Jangan main-main. Kali terakhir saya sendiri ke movie nonton film Indonesia ialah masa saya sekolah rendah masa musim raya (biasalah zaman dulu , Raya ajer orang serbu Rex ker atau Cathay ker atau Lido ker atau Majestic ke) tengok wayang. Habis satu kampung keluar pekan pergi panggung wayang. Dah tak ingat dah citer apa yang ditonton kala itu, tapi yang pasti ada Sophan Sophiaan dan bini dia Widyawati.

Anyway, kisahnya Heart hari tu pun sebab tiga anak dara kami veto nak tengok cerita tu. Kalau saya muda lagi harus saya enjoy citer Heart ni tapi dah tua2 ni tak berapa nak boleh relate lagi. Yan pun sama. Dah ler citer dia slow moving sesangat - hampir2 kami tertidur. Tambah pulak memang ngantuk masa tu. Tapi citer Heart ni bukanlah boring tapi quite good cuma kami letih aje masa tu. And the acting especially by the three main characters are quite superb. Nirina Zubir memang outstanding. Script dia pun not bad jugak. Kenapalah filem Melayu tak der yang macam nih?

TETAPI, soundtrack filem ini amatlah mengujakan (yeah finally boleh use this word mengujakan) especially the title track iaitu My Heart dan lagu Pencinta Wanita (Yan panggil lagu ni lagu buaya. Nak tahu kenapa dengar ler lagu nih). Lagu2 lain pun sedap bangat jugak bung. I think this is the first time after Flashdance (ha ha ha) that saya sangat enjoy satu soundtrack filem. Better than Titanic soundtrack even.

Kalau tak sempat tengok movie ni, beli soundtrack dia. Memang Berbaloi.