Alhamdullilah, anak anak dara kami boleh menolong di dapur. Ringan sikit beban Yan sekali kala. Tetapi dalam tiga orang tu Asma lah yang paling rajin membantu. Tambah-tambah ketika musim buat biskut Raya seperti sekarang ni. Asma bila menolong memang boleh dipuji, dari mula sehingga selesai semua dia akan membantu. Memang ringan tulang. Tak macam sesetengah budak (dan orang tua jugak) yang rajinnya diawal-awal projek ajer. Tahun ni memang dah plan dengan mak dia nak bikin pelbagai biskut Raya. Jemputlah datang bila Raya nanti....
Perancangan Yan dan Anak-anak ialah untuk Raya kali ni nak membuat:
Jem Tart, Biskut Oat Kelapa, London Almond, Majorca, Crystal Ball, Blueberry Cookies, Cornflakes, Kuih Karas, Kuih Kapit, Fruit& Nut Candy, Samprit, Peanut Butter.
(Ini kira nak match the feat yang selalu dilakukan oleh my cousin Nyah Intan kat Taman Tun yang setiap kali raya tak sah kalau tak bersusun container kuih atas meja makan dia. Dan meja dia pula ada dua buah. Bayangkan ler betapa meriahnya meja dia beraya.)
Tangan-tangan ibu dan anak yang membuat biskut raya dengan riang ria. Tangan orang lain tak de sebab dua tangan kecik tengah surf Internet dan satu tangan besar lelaki sedang tengok TV dengan rasa tak bersalah langsung.