12.2.09

Bisnes Dari Dapur

Pada kesempatan kali ini saya ingin berkongsi satu berita yang baru saya kutip dari Internet. Ini satu berita menarik baik bagi mereka yang sudah berniaga atau ingin mempunyai bisnes dari rumah.

Menurut satu hasil kaji selidik yang dijalankan oleh RSA di United Kingdom, bisnes-bisnes dari rumah tidak mengalami kesan kemerosotan ekonomi dunia seteruk syarikat-syarikat yang lebih besar.

Malahan tujuh daripada sepuluh tuan punya bisnes dari rumah yang ditemuramah masih percaya bahawa mereka akan dapat mengembangkan bisnes mereka atau setidak-tidaknya ‘maintain’ keupayaan bisnes yang sedia ada sekarang.

Aaron Devitt, yang merupakan pengarah di RSA, dipetik sebagai berkata bahawa bisnes dari rumah adalah merupakan satu-satunya sektor ekonomi yang tetap merekodkan kemajuan di dalam suasana ekonomi dunia tidak menentu kini dan juga optimistik mempunyai masa depan yang cerah.

Pasti ini satu berita yang amat memberangsangkan, bukan begitu? Kami percaya trend sebegini juga berlaku di tanah air kita.

Jadi saya kira inilah masanya anda mengambil peluang untuk memulakan bisnes dari rumah. Anda boleh menjadikan dapur anda sebagai permulaan perniagaan anda. Banyak peluang yang terdapat di dapur anda yang boleh anda terokai untuk mendapatkan wang. Jangan terlepas pandang akan peluang-peluang bisnes hanya dari dapur anda. Jadikan dapur sebagai lubuk duit anda.

Bagi mereka yang masih ragu-ragu atau bimbang bagaimana untuk memulakan bisnes dari dapur, jangan risau, isteri saya Azian Hasan telah mengumpul pengalaman yang dikutip selama 15 tahun dan membukukannya. Kini anda boleh dapatkan segala panduan memulakan bisnes dan peluang bisnes dari dapur melalui www.duniadapur.com.