2.10.06

Malam Lailatu Qadar

Di Bulan Ramadan ini ramai orang berlumba untuk mengejar kelebihan malam Lailatul Qadar. Ini kisah bulan puasa my mother in law a few years ago. Masa tu she stayed with us kat rumah lama di USJ 20. I have to record this story.

Satu malam di bulan puasa masa tu, my mother in law menunaikan solat tarawikh kat rumah jer sebab hari tu dia tak larat nak ke masjid. Dia solat agak lewat macam after midnight gitu.

Dalam pada dia solat tu tetiba dia tercium bau yang harum mula menusuk hidung dia. (Masa ni kami semua dah tidur) Makin lama makin harum suasana dalam bilik dia. Alhamdullilah kata hati mak mertua saya ni. Dapat merasa malam Lailatul Qadar. Maka orang tua tu pun lepas selesai solat tarawikh terus sujud syukur. Bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang sebegini rupa. Lepas solat dia pun keluar bilik dengan hasrat nak beritahu kami yang dah lama belayar ke Bidor. Bukak2 jer pintu bilik tengok2 suasana putih (macam kabus) menyelubungi rumah.

Dan dalam kabus tebal tu, duduk Arissa (masa ni umur dalam tiga atau empat tahun) sedang main dan menghabiskan sebotol bedak Baby Carrie yang baru dibeli.

Tu yang wangi satu rumah tu!!!