26.3.07

In Conversation – The Family

More conversations at home:

Babak menyakat anak….

Alia: Mak, boleh tak tolong cakap kat bapak jangan usik-usik Alia lagi dengan budak F…… tu? Alia tak suka lar!
Mak: Mak boleh cakap kat bapak. Tapi masalahnya Mak pun suka Alia ngan dia….
Alia: Oh! Tidaaaaak! Kenapalah ada parents macam nih….

Babak cucu blur….

(Ini masa Opah Kampar demam panas masa Chinese New Year. Demam agak teruk sampai meracau-racau dan cakap pun ada sikit repek-repek – maklumler demam tak kebah2)

Opah K: Opah ni agaknya dah nak mati dah kot Asma.
Asma: (diam jer)
Opah K: Orang kata kalau dah dekat ajal hidung jadi kembang. Hidung Opah kembang tak Asma?
Asma: Bukan hidung Opah memang selalu kembang ker?
Opah: (Terkedu kejap!) Orang kata kalau nak mati, cuping telinga pun jadi mengelebeh. Telinga Opah ni dah mengelebeh lah Asma!
Asma: (Diam jap tapi lepas tu…) Ya lah Opah, betul cakap Opah!

Mengejar Matahari

Tadi malam, ingatkan mahu tidur, tetapi turn on the TV sekejap. Sedang seronok tukar-tukat channel, terberhenti kat 8TV. Heranler pulak, apahal ada citer Indonesia memalam buta ni. Cadangnya nak tengok sekejap. Alih2, tengok sampai habih. Dengan mulut ternganga. Terpana sekejap. Verdict: 10 bintang gue kasi!!!!!!!!

Nama cerita : Mengejar Matahari. Cerita tentang persahabatan 4 pemuda (dari berlainan latar-belakang dan permasalahan keluarga) yang tinggal di kawasan perumahan sederhana rendah di Jakarta. Ardi, Damar, Apin dan Nino bersahabat sejak kecil dan memiliki latar belakang keluarga yang sangat berbeda. Mereka memiliki kebiasaan bersama yaitu Mengejar Matahari, berlari ke arah matahari yang terbenam. Seolah-olah lupa akan masalah yang sedang mereka hadapi dan merasa bebas. Dan tentunya bilamana mereka mula dewasa, masalah mula timbul yang menganggu-gugat persabatan ini.

Superb acting all-round.


Dua kata bagus dari ini film:


"Kamu tidak pernah merasa memiliki sampai kamu kehilangan"


"Orang datang dan pergi tetapi sahabat sejati akan selalu diingat di hati"


Is that deep or what?