5.10.08
Gambar Raya...
AidilFitri 2008 berlalu sudah. Seperti tahun-tahun lalu dan seperti kebanyakan orang, kami balik kampung. Tahun ini kami berhari raya di Temoh. Tetapi dek kerana dekat, emak mertua serta kakak ipar dan keluarga datang beraya di pagi raya. Tak jadi hal. Mereka sampai tatkala orang kampung datang bertakbir raya di rumah Mak di Temoh. Meriah sungguh suasana.
Setelah itu kami berombongan beraya di rumah saudara mara di sekitar Air Hitam Labu, Bukit Pekan, Malim Nawar. Kemudian kami juga ke Ipoh, melawat ibu-ibu saudara yang demam di hari raya dan anak saudara yang terpaksa berpantang di bulan Syawal. Saya mencipta rekod pada hari raya ini --- buat pertama kalinya (seingat sayalah) saya tak tidur siang di hari raya pertama.... hahahaha.
The mothers, the wife, the daughters and me.
Subscribe to:
Posts (Atom)