26.9.06

Ustazah Arissa

Ustazah Arissa dengan pose ayu masa pergi tengok kuda melompat


Hari ni hari ketiga kita berpuasa tetapi rasanya lah puasa tahun ni agak mencabar sebab banyak pantang larangnya. Semuanya kerana Arissa. Uztazah Arissa mengenakan banyak pantang – larang di bulan Ramadan ni. Antaranya:

* Tak boleh bersembang (elok ler jugak kot sebab tak de lar terlajak nak mengata orang kot, tapi still….)

* Mak ngan bapak tak boleh sentuh-sentuh (ye lar tahu lar. Tapi bukan hari lain pun Arissa tak kasi sentuh ke?)

* Tak boleh mendedahkan tubuh badan

* Tak boleh pakai minyak wangi

* Tak boleh marah-marah (Alia and Asma please take note).

* Tak boleh tengok TV (tapi dia tengok Animax tak pe. Siap letak note kat TV lagi yang berbunyi: Siapa Tengok TV Kena Simpang Malaikat 44. Tapi Kalau TV Islam tak kena Simpang Malaikat 44. Boleh?)