11.9.11

Beraya Online

Tahun ni memang pecah rekod.... kami satu keluarga memang ngam-ngam berhari raya satu hari sahaja... on the first day. Masuk second day, balik asal dah. Begitulah kot kalau tak balik kampung. Sehinggalah membawak dekat dua minggu berhari raya, masih tak le mana-mana beraya... kena pulak memang tak ada open house.

Jadinya, beraya tahun ni memang banyak di online la... dan tonton TV (btw, can TV3 stop air the stupid Melodi immediately... sheesssh!). Bila online, seperti biasa dok usha wall orang lain kat FB dan blogwalking... seronok jugak tengok orang lain beraya.... tengok satu family pakai baju kaler sama setiap raya (what's with that???) and yang paling best dok tengok lauk pauk raya orang lain...

Tapi biasalah dah online ...tak boleh tidak mesti terbaca kes-kes boring yang menaikkan darah dan memedihkan ulu hati....

Antara Kes Pedih Ulu Hati Musim Raya (Online)

1. Tetiba orang Melayu ucap Eid bagai... instead of the usual Selamat Hari Raya AidilFitri... (amboi moden dah kita ya)
2. Wish raya sesama member dan kaum kerabat pon dah tulis in English... kalau grammar tu betoi cantik satu hal la plak (ish ish ish)
3. Amik gambor Raya kunun tapi ... errr.. kenapa semua gambor close up jer (oh nak tunjuk make up Raya , ekk?)...
4. Baju raya yang pompuan seketat-ketatnya (alahai adik-adik....tak sesak nafas ka?) dan baju raya yang lelaki pulak jenis see through sampai nampak singlet hitam (like... eeeewwww!)

Yang Menaikkan Darah pulak....

1. Petknode punya kes
2. Politicians (especially penyokong tegar tak hengat mereka) yang dari bulan Ramadan membawak masuk malam raya dan seterusnya asyik salah menyalah each other dalam wall memasing . Depa ni tak tau ka konsep take a break and tarik nafas and maaf memaaf and enjoy live tenang-tenang? (Penat la woiiii!)