Kata kerajaan, penggunaan Bahasa Inggeris didalam subjek Sains dan Matematik sejak 2003 AMATLAH berjaya. Tengok sahaja deretan A yang diperolehi anak-anak kita.
Sebagai bapak, realitinya tidak sebegitu. Saya juga bertemu ramai guru. Ramai yang mengeluh. Susah betul pemerintah hendak menerima kenyataan yang satu ini.
Saya bukan anti bahasa Inggeris. Saya kerja pun di dalam dunia penerbitan berbahasa Inggeris sepenuhnya. Saya juga seringkali berbahasa Inngeris terutama kalau nak tunjuk saya ni terror dan ada sedikit “kelas”. Menulis blog inipun sering di dalam bahasa Inggeris.
Bukan saya anti BI digunapakai di sekolah secara lebih meluas. NAMUN BEGITU untuk membuat sesuatu benda rasanya perlulah pakai akal dan otak kan. Dulu masa perkenalkan bahasa Inggeris dalam subjek Maths dan Sains pada 2003 pun ala-ala tak menyempat-nyempat. Tak bolehkah difikirkan masak-masak dulu sebelum diperkenalkan. Ini tidak, tak sampai enam bulan, ta da.. bye bye BM! Well, that’s Malaysia!!
Di sekolah-sekolah kala ini bukan sahaja anak-anak murid yang tergapai-gapai, malahan cikgu-cikgu pun masih ramai yang mengeluh. Yang lucunya, subjek Matematik dan Sains menggunakan Bahasa English yang jauh terkehadapan dari subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Pengsan bebudak. Kena pulak berapa ramai sangat lah yang pulang ke rumah tetap terus berbahasa Inggeris. Bukan practice makes perfect ke?
Di bawah ada satu pendapat yang saya kutip dari Harakah Daily. Menarik jugak.
Dihantar oleh abuabdillah, on 17-04-2007 08:14
Penggunaan Bahasa Dalam Sejarah
Di zaman Nabi Muhammad saw, baginda hanya membenarkan segolongan kecil sahaja belajar bahasa Ibrani (Hebrew), bahasa orang Yahudi. Orang Islam merantau ke seluruh dunia masa itu mencari ilmu. Sekembali ke benua Arab, mereka menyaring ilmu itu, membuang bahagaian yang bertentangan dengan prinsip Islam dan menulis kembali ke dalam bahasa Arab untuk disebarkan kepada umum.
Semasa kegemilangan tamadun Islam, benua Eropah berada dalam kegelapan (The Dark Ages). Bila mereka bertembung dengan tamadun Islam di Andalusia (Sepanyol), orang Eropah belajar ilmu dari orang Arab dan bila kembali ke tempat masing-masing, mereka menterjemahkan ilmu itu ke dalam bahasa ibunda untuk disebarkan kepada kaum mereka.
Bahasa Arab tidak diguna sebagai bahasa pengantar di benua Eropah, walau pun Eropah lebih mundur dari benua Arab pada masa itu. Namun bila menterjemah ilmu ke dalam bahasa ibunda, dan mengajarnya, akhirnya Eropah maju dan berjaya mengatasi tamadun Arab.
Hasil kajian UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu) mendapati bahawa manusia lebih senang dan berkesan belajar dalam bahasa ibunda. Dalam satu forum di Malaysia baru-baru ini, penegasan sama di buat: “Negara seperti Amerika Syarikat dan Britian yang berpaksikan bahasa Inggeris sebagai bahasa keilmuan pasti terpahat di minda meskipun Jerman, Perancis, Rusia, Jepun, Itali dan Korea yang berkembang dan maju melalui bahasa ibunda masing-masing jauh lebih maju.
Soalnya benarkah bahasa Inggeris bahasa ilmu yang dominan dan penemu kepada inovatif keilmuan dalam sains?
“Tidak ada satupun negara yang telah maju sekarang mengguna bahasa asing (bahasa Inggeris) dalam meneroka dan membina kemajuan mereka.
“Semua negara maju ini sekarang mengguna bahasa ibunda yang berteraskan adat budaya setempat masing-masing apabila mereka cipta dan mengembangkan kemajuan sains dan teknologi mereka,” kata Profesor Ir. Wan Ramli Wan Daud. Pengarah Institut Penyelidikan Sel Bahan Api Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sebaliknya berkata, bahasa ibunda yang berteraskan nilai-nilai budaya asal negara masing-masing adalah pencetus dalam keilmuan sains.
AS dan Britian maju kerana mereka mengguna bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Inggeris. Jerman, Perancis, Jepun, Korea, Itali dan Rusia yang jauh lebih hebat inovasi keilmuannya dalam sains adalah hasil penggunaan bahasa yang berteraskan budaya asal nenek moyang masing-masing.
“Tetapi bahasa Inggeris digunakan untuk menjual inovasi hasil keilmuan melalui penterjemahan daripada bahasa ibunda asal mereka,” katanya.
(W. RAHIMAH DRAMAN “Bahasa Melayu boleh kuasai sains” Utusan Melayu 27 Feb 2007)
Hari ini kita dapat lihat kejayaan manusia bila mereka patuh kepada petunjuk Allah tentang kegunaan bahasa ibunda:
1. China. Benua China mengguna bahasa China, Mandarin, dan beberapa dialek, sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya. Hanya segelintir kecil, lebih kurang 5% dari 1.5 billion rakyatnya belajar bahasa Inggeris. Hari ini China sudah berjaya mencipta bom nuclear, pergi ke angkasa lepas dan berjaya menembak sasaran di angkasa raya. Ekonominya sekarang berkembang paling pesat di dunia. Kejayaan-kejayaan ini mencetus kebimbangan amat besar di Barat.
2. Jepun Jepun antara negara termaju di dunia sekarang. Syarikat kereta Jepun, Toyota, dalam masa terdekat, akan menjadi syarikat pengeluar kenderaan nombor satu dunia, mengatasi syarakiat GM Amerika Syarikat. Sistem pendidikannya juga menekan bahasa ibunda. Ia mengguna bahasa ibunda sehingga ke peringkat universiti. Seorang kenalan saya ke Jepun untuk pengajain PhD di bawah penyelian seorang Jepun yang mahir dalam Bahasa Inggeris. Selepas empat tahun, kawan saya bersedia untuk membentangkan thesisnya. Namun, sebelum itu dia terpaksa menduduki peperiksaan dalam Bahasa Jepun. Hanya calon yang lulus ujian ini sahaja boleh membentangkan thesisnya kerana pembentangannya ialah dalam Bahasa Jepun.. Kawan saya gagal ujian Bahasa Jepun. Dia kembali ke negara hanya dengan hasil kajiannya selama empat tahun tanpa PhD.
3. Jerman dan Perancis Dua Negara ini mengguna bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Jerman dan Perancis adalah negara yang paling banyak mencipta ilmu dalam bahasa ibunda, berbanding dengan U.K. U.K terbelakang dari Jerman dan Perancis dalam penciptaan ilmu baru. Namun ia cepat menterjemahkan ilmu-ilmu dari Bahasa Jerman dan Perancis ke dalam Bahasa Inggeris. Proses penterjemahan amat lembab di Malaysia .
4. Hadiah nobel - Tiada pemenang hadiah nobel dalam sains dan teknologi yang tidak guna bahasa ibunda, melainkan dua beradik dari India. Namun seorang daripada mereka tinggal di USA. Paling ramai pemenang hadiah nobel ialah dari USA, kedua Jerman dan ketiga Perancis,. Dalam bidang maths, tiada seorang pemenang pun yang menang tanpa mengguna bahasa ibunda.
5. Pengalaman Malaysia Selepas tahun 1980, Malaysia mengguna bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Sejak itu pelajar-pelajar Melayu sehingga peringkat SPM cemerlang mengatasi pelajar-pelajar kaum lain. Di seberang laut, pelajar-pelajar cemerlang ini, yang pendidikan asasnya ialah dalam bahasa Melayu, terus cemerlang. Lihat saja senarai pencapaian pelajar-pelajar tajaan PETRONAS di universiti-universiti terkemuka di seberang laut. Pakar-pakar, pensyarah, ahli-ahli professional dan koporat dan ahli professional Melayu, berumur 50 tahun ke bawah, yang menerajui negara majoritinya berpendidikan asas dalam Bahasa Melayu. Ramai daripada mereka datang dari desa dan terdiri daripada keluraga orang kampung biasa dan nelayan.. Ramai pemenang anugerah pertandingan sains dan teknologi antara- bangsa terdiri daripada pakar-pakar sains Melayu yang mendapat pendidikan asas dalam Bahasa Melayu. Kenapa masih hendak tinggal bahasa Melayu dan ikut bahasa penjajah yang menjahanamkan bangsa?
Hasil Kajian Unesco : Rasa rendah diri dan hina, bila guna bahasa asing Contuh di mana bahasa bukan bahasa ibunda di guna ialah India dan Filipina. Kedua mengguna bahasa Inggeris dan negara ini mundur. Pengalaman pahit Afrika Selatan dalam penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajar Maths dan Sains patut menjadi pengajaran. Kajian Antarabangsa Ketiga tentang Maths dan Sains (TIMSS) dalam tahun 1995 dan TIMSS 1999, melibatkan 41 dan 38 buah Negara, menunjukkan Afrika Sealatan menduduki tempat terakhir dalam maths dan sains, kesan dari penggunaan bahasa Inggeris terlalu awal dalam persekolahan, yang membantut pertumbuhan kemahiran berfikir pelajar-pelajar.
Pengalaman Malaysia sebelum 1980 Sebelum tahun 1969, bahasa pengantar di institusi pendidikan di Malaysia sehingga peringkat Universiti ialah bahasa Inggeris. Namun terdapat juga sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang mempunyai serba kekurangan. Keutamaannya ialah di sekolah-sekolah yang berbahasa Inggeris. Dari merdeka sehinggalah tahun 1980, pencapaian pelajar-pelajar Melayu kurang cemerlang. Majoriti yang cemerlang ialah pelajar-pelajar aliran Inggeris, Cina dan sedikit India dan Melayu, yang majoritinya tinggal di bandar-bandar di mana Bahasa Inggeris diguna secara meluas.
19.4.07
Happy Birthday My Love!!
How do I begin to tell you how lucky I am to have you in my life?
I'll start by saying what a gift you gave me the day you became my wife.
You're my best friend in the good times
and my rock in times of sorrow.
You're the reason for sweet yesterdays
and my promise for tomorrow.
I never thought I could feel this loved
until you became my wife.
You made this year and every year the best one of my life.
Happy Birthday My Love
Love always
Subscribe to:
Posts (Atom)