10.6.07

Majlis Ijab Kabul

Alhamdullilah, Majlis Akad Nikah Ana & Hasri berjalan lancar. But of course, malam majlis tentunya ada drama drama kecil seperti tetiba the appointed saksi tak datang dan both Kak and me have to rush to his place to remind him only to be told that he has been hospitalised for a week. Nasib baik boleh ganti ngan orang lain. And sesi menunggu untuk set-up pelamin untuk majlis di dewan keesokan harinya yang hanya tiba pukul 4 pagi.
Apapun, majlis tetap maintain meriah. Saudara mara ramai yang tiba malam tu especially dari Johor. Malam (ker pagi?) tu kami tidur dengan pintu-pintu rumah terbuka luas sebab rumah dah sesak padat dengan manusia. At around 3pm, I managed to find a spot depan pintu depan sebelah Arissa. Yan was busy with her kek tiga tingkat sampai ler ke pagi.

Majlis Makan Malam - gembira dan lega sebab dah selesai. Makan pun tak berapa selera...
Cikgu Hasri. The Groom. Adik2 ipar masih panggil cikgu ker? Hari tu a day after the reception, I still heard Nurul called out cikgu... ha ha , abang ipar tu weh!

Majlis berinai. Giliran Hasri.

Dinner table for the Pengantin. Idea Yan (kena beritahu nih). Kak Encik and Kak La (Yan's cousins) dah siap tempah Yan untuk set-up table macam ni untuk majlis dia orang nanti - Kak La untuk majlis adak perempuannya pada Ogos nanti dan Kak Encik untuk majlis Hadim Disember nanti.

Ana and Kak zai, Kak Jah, Nisah , Safia dan Leha.

Majlis Menyarung Cincin
Ana di atas Pelamin. Selamat semuanya. Alhamdullilah.
Majlis nikah berlangsung di surau berdekatan. Ana with Faizah lending her hand to control her nerves.
Dengan sekali lafaz, anak orang selamat jadi isteri orang. Semoga berbahagia ke anak cucu.