7.12.06

Houseguests from Heaven

Agama Islam menganjurkan kita umatnya supaya memuliakan tetamu. Kata orang kalau tetamu datang ke rumah kita, mereka datang ke rumah kita membawa rezeki dan bila mereka pulang maka dosa-dosa kita pun turut keluar. Anyway, tadi Kak Encik (cousin Yan) dan anak-anaknya pulang setelah bercuti ke rumah kami. Kalau anda pernah bertemu dengan Kak Encik, pasti anda mahu dia sebagai tetamu anda. Dia datang last Friday semasa menghantar kakak nya Kak La dan Abang Hamid menunaikan haji. On Saturday, suami Kak Encik, Abang Din pulak datang sebab hari tu mak dia pulak bertolak ke Mekah. Abang Din cuma sempat datang semalam jer sebab kena kerja. Tapi Kak Encik tinggal untuk bercuti bersama-sama. Makanya meriah ler rumah kami dengan keletah Kak Encik (kah kah keletah) dan Mak Temoh punya lah terpegun sebab ada jugak tetamu serajin ini. Ngalahkan maid ler pulak. Memang sah guests from heaven punya taraf.
Sayang sebab sibuk teramat di tempat kerja, tak sempat nak merakam gambar Kak Encik dan keluarga di rumah apatah lagi nak bawak Kak Encik and family jalan-jalan. Nasib baik semalam another guests from heaven pun datang ke rumah – sister in law Yan, Kak Zai dan anak2 Nisa, Fudhail and Amin datang jugak and Nisa ada amik gambar2 ni. So dengan rasa tak malunya inilah gambar2 yang telah diplagiat dari Nisa’s Fotopages.



Mandi-manda dalam kolam. Yang tergayut kat tangga tu ler Kak Encik. Lama mana pun kat dalam kolam, situ ler tempat dia. Lain2 dlm gambar ialah Yan, Alia, Asma, Amin and Shida
Nisa and Fudhail

Amin buat synchronised swimming dan Fudhail macam tak boleh terima kenyataan

Hati Batu

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan - Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran - Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat -Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah - Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah -Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)