8.10.06

These Boots Are Made For Raya!!!!

Today woke up to haze, yet again. Ingatkan dah tak dak. Hmm entahlah. Anyway, as promised to the girls, we went out to do Raya shopping today.

Dan entah dari mana ler pulak bebudak ni dapat ilham nak pakai boots pada Raya tahun ni. Dan agaknya dah rezeki dia orang, terjumpa ler pulak boots yang sesuai. Alhamdulillah. Nah tengok rupa boots yang dibeli sila ler ker www.blueberryjournal.blogspot.com.

Kami pergi shopping kat Amcorp Mall, PJ. Dah very the happening rupanya tempat nih. Tambah2 ada flea market. Yan pun apa lagi enjoy sangat ler dapat browse the bric and brac stuff yang available kat situ. Tapi dalam haze nih orang ramai jugak.

Then we proceeded to Subang Parade pulak. Ada lagi barang yang tak jumpa. Masa nih, pinggang and kaki kepala lutut segala dah macam nak tercabut. Went home dalam pukul 4 something. Masa tu dah rasa nak merangkak ajer. Dah tua ropa2nya.

Balik2 ajer, terus tergolek tak larat sangat2. Nasib baik ler benda2 macam ni kena buat sekali setahun ajer. Menulis blog ni pun di dalam keletihan yang amat. Macam tak ceria jer kan???


Arissa sedang try baju kurung. Seperti biasa, muka blur. Sebab memang blur.


Asma dengan boots nya yang dah siap dibungkus.


Kaum wanita sedang melihat-lihat barangan di Flea Market di Amcorp Mall.