26.8.06

Goosebumps Songs

Seperti orang lain, saya gemar mendengar lagu. Tak kisah apa jua genre, janji sedap di telinga. Tetapi seingat saya hanya ada dua kali sahaja sesebuah lagu yang begitu menyentak hati sehingga meremang bulu roma saya mendengarnya. Terbaru bila saya mendengar lagu “My Way” dari Il Divo. Terpegun. Dendangan original Frank Sinatra sendiri tidak dapat membuatkan saya merasa begitu tersentuh.

Kali pertama saya merasakan perasaan sedemikian ialah ketika saya mendengar kaset Cinta Rasul oleh Hadad Alwi dan sicilik Sulis dari Indonesia (diiringi Sydney Philaharmonic Orchetsra, jika tak silap). Hampir merembes air mata kala itu.

Il Divo - The younger version (and better looking) of the The Three Tenors

Hadad Alwi dan Sulis (Yang duduk tunduk di sisi sana)

No comments: