13.9.06

Tuition! Sekolah!


  • Ini Sekolah Menengah Methodist (ACS), Kampar, Perak. Sekolah saya, Yan, juga sekolah Abg Lan, Kak, Chor dan Mi. Rundown betul sekolah aku sekarang ni.

    Masa saya kecik-kecik dulu, tak ramai budak yang pergi tuition. Satu ramai yang tak ada duit, dan satu lagi attend tuition ni bukan satu budaya lagi macam sekarang ni. Dulu-dulu saya ada jugak pergi tuition sebab mak bapak saya ngeri tengok result periksa saya. Tapi saya pergi tuition pun masa Darjah 5 (waktu nak amik Penilaian) dan sekejap masa Form 3 (ini saja ikut kengkawan maklumler nak ambik SRP). Lepas tu sekejap masa Form 4 dengan tiga member Chinese saya. Other than that saya lebih berdendang-dendang. Macam kawan-kawan yang lain.

    Bila difikir-fikirkan, masa tu tuition memang tak berapa perlu sebab cikgu kat sekolah dah bagi more than 100 per cent. Tapi sekarang perlu sebabnya, kat sekolah memang cikgu banyak (bukan semua yer) yang mengajar ala-ala kadar ajer. Tambah-tambah sekolah kat Bandar. Tambah-tambah cikgu-cikgu yang baru lepas maktab.

    Jadik bila NST bukak episode tuition ni kelmarin, response saya hanyalah, inikan Malaysia, memangler macam tu. Bising jer sekejap, esok lupa we move on to another issue. Macam kes beg sekolah berat. Sampai sekarang ramai yang saya lihat budak-budak yang bawak beg macam bawak karung guni penuh batu. Tak pe, tak pe, muscle building namanya tu.

    Kalau ada isu yang saya rasa tidak adil di dalam system pelajaran sekarang ni ialah penggunaan Bahasa Inggeris yang melampau-lampau. Kasihan Arissa. Memang payah kena master the language mengalahkan native speaker. Kalau tak percaya, cuba selak-selak buku Science Year 4. Rasanya masa saya belajar English di Tingkatan 5 dulu pun tak setinggi itu dia punye level of English. Mamat manaler yang came up with the syllabus. Belum lagi kes Bahasa Malaysia. Ke saya punya BM dah jadi teruk ya amat?

    Kalau menulis panjang lebar pasal isu ni pun bukan nya sampai ke mana pun. Sekadar menulis aje lah ya. Tapi sebagai seorang bapa saya ingin sekali;-

    1. Sekolah menjadi sebuah tempat mendidik minda dan pekerti - seiring keutamaannya.
    2. Kembali martabatkan Bahasa Melayu. (saya dulu pun dari aliran Melayu jugak, kini bolehpun berbicara dan bekerja di dalam situasi yang 100 peratus menggunakan Bahasa Inggeris – yang penting ada kemahuan)
    3. Sukatan pelajaran tu biarlah berpada-pada sedikit susahnya. Rasanya dulu saya pergi sekolah rendah tak sesusah ini. Entahlah.

    Apapun semoga institusi sekolah ini akan lebih bertambah baik di masa hadapan. Tempat yang anak-anak kita suka pergi. Dan suka belajar. Dan akan menjadi tempat mereka melakarkan pesona diri masing-masing untuk dijadikan bekalan di kala usia mengenjak alam dewasa.

    Insya Allah!

3 comments:

Abah Arissa said...

Eh, Arissa ada masalah ke cakap english ? Dari kecik lagi blajar ngan Barney, takkan tak reti lagi. Agaknya sebab tercampur dengan ajaran hindi abahnya kot...hehe

suhaimi sulaiman said...

Dulu masa I sekolah kat Malay College, we all ada lawan volleyball ngan sekolah u.

Mior Azhar said...

Oh MY GOD!! Suhaimi Sulaiman visited my blog. 10q

Lawan sekolah I, mesti kita orang kalah kan...