19.10.06

Anak Mak Yang Rajin

Alhamdullilah, anak anak dara kami boleh menolong di dapur. Ringan sikit beban Yan sekali kala. Tetapi dalam tiga orang tu Asma lah yang paling rajin membantu. Tambah-tambah ketika musim buat biskut Raya seperti sekarang ni. Asma bila menolong memang boleh dipuji, dari mula sehingga selesai semua dia akan membantu. Memang ringan tulang. Tak macam sesetengah budak (dan orang tua jugak) yang rajinnya diawal-awal projek ajer. Tahun ni memang dah plan dengan mak dia nak bikin pelbagai biskut Raya. Jemputlah datang bila Raya nanti....
Perancangan Yan dan Anak-anak ialah untuk Raya kali ni nak membuat:
Jem Tart, Biskut Oat Kelapa, London Almond, Majorca, Crystal Ball, Blueberry Cookies, Cornflakes, Kuih Karas, Kuih Kapit, Fruit& Nut Candy, Samprit, Peanut Butter.
(Ini kira nak match the feat yang selalu dilakukan oleh my cousin Nyah Intan kat Taman Tun yang setiap kali raya tak sah kalau tak bersusun container kuih atas meja makan dia. Dan meja dia pula ada dua buah. Bayangkan ler betapa meriahnya meja dia beraya.)
Tangan-tangan ibu dan anak yang membuat biskut raya dengan riang ria. Tangan orang lain tak de sebab dua tangan kecik tengah surf Internet dan satu tangan besar lelaki sedang tengok TV dengan rasa tak bersalah langsung.

"Puan-puan sekelian, selepas siap dibakar, makanya biskut ini perlu disimpan di dalam bekas kedap udara. Tak pun elok dimakan sahaja," kata Miss Asma (tahun depan masuk TV ler buat siri masak2 untuk bulan Ramadan)

4 comments:

Anonymous said...

wah..nampak sedap jer....tak mau ajak mama, abah n adi sekali beraya ker???

JiNbOtAk said...

ntahnyer, teringin gak nak rasa masakan asma..

tapi kan, takde ke sheperd pie ?? Hehe..

Mior Azhar said...

meor, kalau nak makan shepherd pie, mai ler beraya kat USJ....

Anonymous said...

Wah Mior anak ko dah besor2, dah lawa2, kalau ko nak berbesan ngan aku, okay jer..anak sulong aku Form Three tahun ni, kira sesuai ler...
bila balik raya?