6.2.07

Bila Asma meraung guling-guling...

Kalau anda ada peluang melihat Asma meraung-raung sambil berguling-guling dengan penuh drama maknanya ......

Bapak beli latest books by Faisal Tehrani (Kekasih Sam Po Bo) dan Ramlee Awang Mursyid (Cinta Sang Ratu) tetapi gave the books to Mak instead. And then Mak pulak tayang-tayang buku-buku tu kat anak nombor dua dia.... Makanya Asma pun meraung-raung berguling-guling kononnya kecik hati sesangat

Itu lah yang terjadi semalam.....



Saya ibaratkan Faisal Tehrani dan Ramlee Awang Mursyid seperti Sydney Sheldon dan Jeffrey Archer Malaysia. Karya mereka merupakan karya kontemporari Bahasa Melayu yang saya baca. Saya bangga kerana masih ada penulis Malaysia yang dapat membawa cerita-cerita yang menarik. Saya masih tidak berpeluang membaca karya novelis-novelis lain di Malaysia ini... pernah mencuba tetapi yang banyak berkisah tentang cinta antara lelaki dan perempuan dan permasalahan di dalam percintaan itu. Penat ler kalau isu cinta saja yang asyik dibaca.

No comments: