26.3.07

In Conversation – The Family

More conversations at home:

Babak menyakat anak….

Alia: Mak, boleh tak tolong cakap kat bapak jangan usik-usik Alia lagi dengan budak F…… tu? Alia tak suka lar!
Mak: Mak boleh cakap kat bapak. Tapi masalahnya Mak pun suka Alia ngan dia….
Alia: Oh! Tidaaaaak! Kenapalah ada parents macam nih….

Babak cucu blur….

(Ini masa Opah Kampar demam panas masa Chinese New Year. Demam agak teruk sampai meracau-racau dan cakap pun ada sikit repek-repek – maklumler demam tak kebah2)

Opah K: Opah ni agaknya dah nak mati dah kot Asma.
Asma: (diam jer)
Opah K: Orang kata kalau dah dekat ajal hidung jadi kembang. Hidung Opah kembang tak Asma?
Asma: Bukan hidung Opah memang selalu kembang ker?
Opah: (Terkedu kejap!) Orang kata kalau nak mati, cuping telinga pun jadi mengelebeh. Telinga Opah ni dah mengelebeh lah Asma!
Asma: (Diam jap tapi lepas tu…) Ya lah Opah, betul cakap Opah!

No comments: