9.6.07

The Pelamins

Kalau di majlis kahwin Orang Melayu tak sah kalau tak da pelamin. Tambah-tambah musim sekarang ni. Untuk majlis kahwin our anak saudara Ana and Hasri the other day, siap ada dua biji pelamin lagi. Satu di rumah dan satu di dewan.
Dah dah kenduri kahwin anak saudara sendiri, makanya kami rasa pelamin-pelaminnya cantik sekali.

Ini pelamin di rumah Kak. Yan suruh tulis yang pelamin ini idea dia. Sememangnya pelamin ini buatan sendiri. Kami pinjam perkakasnya dari kawan Kak yang dah pencen business andam-mengandam ni. Hampir seminggu jugaklah Yan ngan kakak dia dok design and decorate this pelamin. Hasilnya, memang boleh dibanggakan. Malahan empunya pelamin ini pun impress katanya.

Yang ini tampak lebih grand maklumlah di dalam dewan. Yang memasangnya pun expert. Kami tak campur tangan langsung. Tapi pelamin ni dipasang pukul 4.00pagi. Janjinya pelamin akan dipasang selepas majlis menikah. Tapi tunggu punya tunggu depa-depa ni tak jugak kunjung tiba. I waited until pukul 2.30pagi lepas tu terus tertidor. Depa called kak at 3.45am. Masa tu Yan tengah sibuk menghias kek. Cousin Yan, Kitat(apa punya nama da) pulak dok sibuk pot pet pot pet depan Yan. Orang lain lama dah pergi Bidor. Kak akhirnya pergi ke dewan pepagi buta tu sorang-sorang diri. Tak sedar langsung, tahu2 Kak dah balik dlm pukul 6 pagi. Baru selesai dipasang.

No comments: