20.9.07

Al-Fatihah Untuk Nurin.


Tersentak tatkala mendengar berita
Tidak percaya dan terus tidak percaya
Apa rasa ayah ibu .....

Walau tak sehebat mereka
Kita juga merasainya
Apatah lagi kita juga ibu serta ayah


Sudah sebulan kami tatap gambar wajahmu
lirik mata itu, senyum itu

hidung mancung itu ... bak bidadari
Mempesona bercahaya



Apa daya ...
Tuhan lebih menyayangimu
Semoga anakanda berbahagia di sana



Al-Fatihah, Nurin! (Satu Malaysia sayang Nurin!)

4 comments:

idham said...

sedih.....simpati.....geram....marah....kesal....ermmm, macam2 perasaan saya...
namun, bila di pandang2 wajah nurin...seperti ada kuasa membuat hati saya tenang....dan doa saya semoga ibu bapa nurin mendapat kekuatan dan kelapangan menghadapi musibah ini....

sedih yang terus menapak di dada.

idham

nafastari said...

Terlalu sukar, masih macam tak percaya..
Semoga keluarganya tabah.

Mior Azhar said...

Idham,
Betul kata saudara, bila dipandang wajah anak manis itu, hati kita tenang. Angelic. Namun apa daya...

Nafastari,
Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung

nisa said...

arwah nurin mmg cantik..

mari kite same2 berdoa.. agar pembunuh kejam tu dpt ditangkap.. dan dihukum secukup2 nya..

walaupun saye tak berkahwin lagi.. apetah lagi mempunyai anak.. tp bayangkan.. tragedi ni berlaku pada rakan2 atau saudara mara.. ish.. nauzubillah..

amat berharap sgt.. pihak berkuasa menjejak pengganas ini secepat mungkin sebelum die mengganas lagi..

pada ibu bapa pula.. perketatkan pengawasan pada anak2 anda.. tak rugi utk beriye2 skrg menjaga anak anda dr menangis tak berlagu di kemudian hari..

dunia sekarang ni.. SCARY!!