Sejujurnya saya tidak mengetahui bahawa Laskar Pelangi itu sebenarnya adalah sebuah novel tulisan Andrea Hirata yang kemudiannya diadaptasi menjadi sebuah flem atas judul sama lewat tahun 2008. Dan sejarah perfileman tercipta bilamana filem itu muncul menjadi filem pecah panggung paling laris di Indonesia. Ever.
Yang saya tahu Laskar Pelangi adalah sebuah lagu dendangan kumpulan Indonesia Nidji yang menjadi kesukaan isteri saya. Memang lagunya merdu lantas saya jua amat menyukainya. Namun seperti lagu-lagu lain saya tidak begitu memerhatikan baris lirik lagu itu. Saya mendengar sekadar untuk merasa tehibur.
Sehinggalah pada Mei lalu saya singgah di blog sahabat siber saya Saudara Feisal (matsalo.blogspot.com) yang bekerja di Indonesia dan betapa beliau menyukai filem ini. Ini membuatkan saya menjadi teruja untuk menonton filem ini. Saya ada juga ternampak novel Laskar Pelangi ini di geri PTS sewaktu menjenguk Pesta Buku Antarabangsa di PWTC April lalu. Namun saya ini umpama orang Melayu lupa diri yang lebih meminati novel-novel berbahasa Inggeris hanya sekadar memandang sahaja.
Sebenarnya buku ini adalah tetralogi buku karya Andrea berkenaan kisah masa muda beliau di Belitong itu sendiri. Buku berikutnya adalah Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov. Buku ini juga tercatat sebagai buku sastera Indonesia terlaris sepanjang sejarah.
Dua hari selepas saya menonton Transformers 2: Revenge of the Fallen yang mengujakan sangat dan ketika saya di bawah sedar masih terbayang-bayang peperangan hebat antara puak Autobots dan Decipticon, tiba-tiba ada rakan baru dari alam siber memberitahu bahawa Laskar Pelangi The Movie boleh di download di Internet.
Makanya malam itu saya bersama Asma, anak dara nombor dua saya, berjaga lewat menonton Laskar Pelangi. Verdictnya? Without a doubt, one of the best films ever.
Tiba-tiba keterujaan saya terhadap babak peperangan antara mesin dalam filem Transformers hilang lenyap setelah menonton filem ini. Kini apa yang berlegar di pandangan saya dan di fikiran saya, hanyalah 10 orang anak-anak di sebuah kepulauan kecil di Selatan Sumatera lewat tahun 70an yang menangis, ketawa, bermain dan menyusuri hidup susah amat sambil terus-terusan menimba ilmu pendidikan. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan.
Dipimpin dengan penuh kasih sayang oleh guru besar Pak Harfan serta guru wanita cekal Bu Muslimah, 10 kanak-kanak ini adalah:
- Ikal – watak Andrea Hirata Seman itu sendiri.
- Lintang; Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara
- Sahara; N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah
- Mahar; Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam
- A Kiong (Chau Chin Kiong); Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman Syahdan; Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz
- Kucai; Mukharam Kucai Khairani
- Borek aka Samson
- Trapani; Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari
- Harun; Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan
Filem ini punya segala-galanya bagi saya. Lakonan mantap, lakon layar berkualiti tinggi, runut bunyi membuai emosi dan sinematografi nan indah. Sebagai seorang yang juga membesar di tahun 70an di sebuah petempatan penuh bijih timah, kehidupan di Belitong yang melatari cerita ini agak serupa dengan latar belakang zaman kanak-kanak saya. Lalu saya amat memahami. Walau hidup saya tidak sesusah anak-anak di Belitong ini (kerana selayaknya hidup saya lebih mirip dengan anak-anak di Gidong – penempatan orang-orang lebih berada di sana), namun paparan Laskar Pelangi amat dekat dengan hati. Syukur di tempat saya anak-anak tidak disekat untuk bergaul walau berbeda kelas penghidupan.Malah kami bersekolah dan bermain bersama.
Kembali kepada filem ini, garapan ceritanya amat meruntun emosi maka saya pasti anda akan ketawa terbahak dan mengalir air mata tersentuh rasa di sepanjang perjalanan flem ini. Kalau anda pernah menonton Slumdog Millionaire yang menang banyak Oscar itu, Laskar Pelangi ini pada pendapat saya adalah lebih baik. Jauh lebih baik.
Saya tidak punya apa yang boleh diperkatakan lagi. Cuma saya hairan amat kenapa cerita sebegini hebat tidak ditayangkan di Malaysia sampai hari ini. Malah DVDnya juga tidak ada lagi dijual di sini (tetapi dengarnya sudah lama ada di Singapura).
Apapun, keesokan paginya, setelah isteri saya bersama kakak dan ibunya bertolak ke Kuala Pilah, saya mengajak ketiga-tiga anak dara saya dan terus saya memandu laju ke MPH di One Utama untuk membeli novel Laskar Pelangi serta Sang Pemimpi. Buku lain sudah kehabisan stok. Dan novelnya – diadaptasi dengan baik sekali oleh PTS untuk pasaran Malaysia - itu sudah membuatkan saya kembali insaf dan kini mencintai sepenuhnya bahan bacaan bahasa Melayu.
Bapak: Pergi beli dan bacalah Laskar Pelangi. Anda pasti akan merasa lebih berinspirasi. Tidak banyak buku yang dapat melakukah hal sedemikian. Dan kalau boleh tonton filemnya jugak... susah mahu jumpa filem yang boleh mengalirkan pelbagai rasa emosi seperti ini. A+ dari saya.
12 comments:
assalamualaikum...
saya juga peminat tegar laskar pelangi... pada cuti sekolah yang lepas, saya mengikuti trip ke bandung. Saya telah tekad akan melaksanakan misi saya iaitu mencari novel laskar pelangi bersama DVDnya. Misi hampir gagal kerna Bandung agak kurang toko buku tetapi Alhamdulillah berjaya menemui walapun keadaan novel sudah agak kusam. Dvd juga sukar diperolehi kerna trip yang saya ikuti itu hanya menumpukan kepada factory outlet bukannya shopping mall yang barangkali ada toko yang menjual DVD. Akhirnya saya bisa membeli DVD pirate ditepian jalan sahaja.
Terima kasih di atas maklumat tentang keluaran Laskar Pelangi edisi Malaysia. One Utama akan jadi destinasi wajib hujung minggu nanti :)
cerita ini bisa ditorrent melalui jiwangtorrent. tapi sayang, pengguna broadband celcom enggak bisa menorrentnya kerana berkongsi IP...
tensyen sungguh diri ini pak!
tapi takpe, nanti bisa kuminta kawan yang melanggan maxis broadband supaya mendownloadnya melalui IP beliau....
Pendita,
waalaikumsalam. saya masih menanti bilalah agaknya dapat saya beli DVDnya di Malaysia. saya mahu simpan dan tonton berulang kali.
Bukunya juga sudah saya baca... kini baru mahu memulai Sang Pemimpi. Bukunya membuatkan saya tidak tidur semalaman kerana teruja mahu menghabiskannya. Walaupun begitu bukunya sedikit berbeda dengan filem tetapi kedua-duanya hebat.
Oh ya, terima kasih kerna sudi menjenguk tapak blog serba kurang ini.
Pak Aklmal,
saudara sudah tonton atau belum ini filem? tonton sahaja di youtube. Saya sendiri sudah tiga kali khatam. Tapi wajib ditonton di layar perak juga.
eh Mioq...kena tetiba cakap u mcm bahasa Indon???? ha ha ha...eh, can pinjam tak yang u download..I kan tak IT savvy nak dload sendiri..he he he
AAA
mendayu-dayu gitu kan? eleh tgk jer kat youtube... that is if you knw what's youtube la kan????
Salam abg azhar.
Nampaknya kita berkongsi perkara yang sama. Hahahahaha.
Ingat The Kite Runner? Itu pun bagus. Saya pun sedang baca Sang Pemimpi.
Kenapa kita serupa ye???
Sham,
Sebab kita sama-sama hensem kot!!! hahahaha
Saya senang sekali membaca komentar anda tentang filem hebat ini. Terutama dengan laras bahasa yang anda gunakan. Saya telah menonton filem itu, abang saya membeli DVDnya di Bali lewat kunjungannya sebulan yang sudah.
Akhirnya saya juga telah membeli buku The Kite Runner di sini di Islamabad. Dan VCDnya juga.
Ahmad,
Saya baru membaca Sang Pemimpi, buku kedua dari Andrea Hirata. Amat menarik.
Saya belum berkesempatan menonton The Kite Runner. Adakah ia sebaik bukunya?
Abg Mior Azhar,
Sham dah tengok The Kite Runner.. Di antara movie yang diminati! Bezanya dalam movie tak dapat nak terjemahkan segala macam emosi dalam novel.
kedua-dua buku ni amat meruntun jiwa dan memberi keinsafan yang amat dalam...nilai persahabatan, nilai cintakan ilmu. among my favorites!
Post a Comment