22.5.06

All the Negara

Masa kecik-kecik dulu, kalau ada opportunity gi KL atau pun ikut mana2 rombongan sekolah ke, tempat2 wajib untuk dilawati sudah semestinya all the Negaras -- Zoo Negara, Muzium Negara Masjid Negara dan segala.
Semalam, for some strange reason, we decided to do the "Negara" exploration. Mula-mula nak gi Muzium Negara aje, tetapi the night before Asma dok bising2 betapa teringin nya dia nak gi Marrybrown, the restoran tu. Masalahnya tak tau ler pulak kat mana kat KL ni ada Marrybrown except kat Zoo Negara.
So at the end Yan and I decided to go to Zoo Negara instead. The last time we were there (Zoo Negara) was 10 years ago. Tak ada apa2 yang baru nampaknya except they have this photography corner dan KFC restoran dah kena abandon. Lain2 tu nothing interest me. Yang nampak excited hanyalah Alia. Well, benda2 macam ni memang ler Alia yang suka. As for Asma, she came for the Marrybown. Arissa pulak, macam bapak dia, serik dah nak datang. Dah ler kena jalan-jalan dalam panas, tau ler Zoo bukannya bersih sangat.
Lepas tu ingat kan nak gi Memorial P. Ramlee sbb bebudak ni tgh high on P. Ramlee movies. But oleh kerana tersilap jalan, we ended up atas Sungai Besi highway. We then decided to do a Negara tour ler instead.
Next stop, Istana Negara. Sampai depan gate Istana, ramai bangat tourists. Kami je rakyat Malaysia yang setia. Eh! Interesting ler pulak sbb dah ada askar ngan kuda jadi Pak Guard. In full regalia ler pulak. Bangga pulak jadi rakyat Malaysia. Amik gambar segala kami terus gi Muzium Negara.
Ini lagi ler lama tak pegi , rasanya mau 20 tahun kot, masa tu bawak cousin2 yang masih kecik gi tengok muzium. Sekarang ni cousin2 yang kecik2 tu ramai dah kahwin dan beranak pinak dah. Lama tak lama.
This time around terasa kecik ler pulak Muzium. Apapun I guess its's a good educational trip for the girls.
The best part ada video show on adat berkhatan cara org2 dulu. Merah2 muka Alia and Asma watching the show. Arissa, seperti biasa, selamba je sebab tak paham.
Lepas Muzium, ingatkan nak gi solat kat Masjid Negara tapi Yan said NO sbb kaki dia bagaikan nak tercabut. So lalu aje lah tepi masjid tuh.
That concludes our Negara trip.
Depan Kereta Bomba lama kat Muzium

Depan Flamingo Pond kat Zoo Negara (tu flamingoes ker, ek?)


One family di Zoo Negara: Tiga anak dara, mak dan bapak. (Ooops bapak tak de, ingatkan gajah tu....)


Ni bergambor ngan Opah Kampor. Eh, Arissa mana?

No comments: