24.10.06

Raya Ini - Observasi Awal

Selamat Hari Raya Dari USJ 17, Subang Jaya. Hari masih awal, dan tak de sapa yang datang beraya lagi. Asma dah boring. Anyway, hari ni Yan masak Nasi Tomato yang sedap sekali. Antara observasi awal Raya kali ni:
1. Ramainya orang Bangla dan Indon beraya kat Subang Jaya. Macam tahun sudah-sudah jugak.
2. Asma tidur pukul enam pagi tadi. Sejam kemudian dah bangun. Tu sekarang tengah ting-tong mengantuk.
3. Nasi Tomato dan lauk-pauk dia sedap sekali, tambah Yan masak Rendang Tok.
4. Syok rupanya raya kat rumah sendiri ni. Tapi bukanler first time raya kat sini cuma seronok this time around sebab anak-anak dah besar.
5. Baru perasan yang dari rumah ni boleh nampak kedua-dua LDP and Lebuhraya Utara Selatan ler. Cool. Boleh check the traffic.
6. Tadi lepas Solat Raya, lalu kat depan Restoran Melur yang famous kat sini and punyeler ramai bebudak muda yang melepak kat kedai Mamak tu. Beraya kat situ ropa2nya depa, siap ngan baju Melayu lagi. Kalau mak dia orang tengok mesti dia orang meraung.
Asma yang mengantuk and Alia yang melayan perasaan

Arissa yang khusyuk tengok TV


Dua lebuhraya yang boleh dilihat dari balkoni rumah - kalau tak nampak saje ler

Meja biskut Raya


Meja Utama (ahak meja utama lagi) dengan pelbagai juadah Raya. Kat rumah orang lain pun sama jer.

1 comment:

Anonymous said...

bapak ni tak guna langsung.Nak buat macam itulah...apalah...... lepas tu nak buat apa lagi!!!!!!!!!!!!!!!!