9.9.07

Cinta Dua Hemisfera

Inilah Naim aka Azim. Di depan rumah bakal pak mertua dia.

Dulu-dulu semasa hari perkahwinan saya berbelas tahun lalu, seingat saya dalam waktu Asar, tetiba ada seorang budak lelaki dalam lingkungan Darjah 3 atau 4, sudah terjah masuk bilik pengantin di rumah mak mertua di Kampar. Terkejut jugak. Dengan selamba si anak muda ni berkata, dia nak solat Asar and proceeded doing just that. Namanya Naim, anak saudara Yan. Memang sedari kecil tak pernah tinggal solat. Alhamdulillah! Nampak gayanya hingga ke hari ini sifat menjaga solat kekal.

Dan kelmarin, kami sekeluarga merisik meminang anak gadis orang untuk Naim. Di Shah Alam. Sudah dewasa dan sudah mau kahwin itu budak ya.

Namun ini Cinta Dua Hemisfera. Naim masih belajar di UK (dan akan kembali ke sana 19 September nanti) manakala idaman hati Miza pula di New Zealand (juga belajar). Jauh tuu... tapi kalau hati sudah berkenan, kami yang tua-tua mengiakan aje.

Apa-apa hal semoga aman berbahagia.

No comments: