30.9.07

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".

Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya. Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
* Menghayati malam tersebut dengan ibadah
* Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
* Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita dipilih Allah menikmati malam yang sejahtera ini.
Anyway, dibawah ni ada satu entry (actually was posted in this blog last year, but I think it was rather funny I want to share it again) Read on and be happy....

"Ini kisah bulan puasa my mother in law a few years ago. Masa tu she stayed with us kat rumah lama di USJ 20. Satu malam di bulan puasa masa tu, my mother in law as usual after her tarawikh would mengaji Al-Quran. Masa tu dah midnight. Dalam kusyuk mengaji tetiba dia tercium bau yang harum mula menusuk hidung dia. (Masa ni kami semua dah tidur) Makin lama makin harum suasana dalam bilik dia. Alhamdullilah kata hati mak mertua saya ni. Dapat merasa malam Lailatul Qadar. Maka orang tua tu pun lepas selesai mengaji terus sujud syukur. Bersyukur kerana diberi kesempatan dan peluang sebegini rupa. Lepas solat dia pun keluar bilik dengan hasrat nak beritahu kami yang dah lama belayar ke Bidor. Bukak2 jer pintu bilik tengok2 suasana putih (macam kabus) menyelubungi rumah. Dan dalam kabus tebal tu, duduk Arissa (masa ni umur dalam tiga atau empat tahun) sedang main menghabiskan sebotol bedak Baby Carrie yang baru dibeli.
Tu yang wangi satu rumah tu!!!"

5 comments:

Pak Zawi said...

Memang menjadi idaman setiap muslim untuk bertemu dengan malam lailatul qadar kerana ganjarannya amat besar sehingga menyamai seribu bulan beramal.
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus beramal.

Mat Salo said...

Bro' Mior.. thanks for dropping by. I left a reply to your comment in my comment box.

Ha-ha. Can't help but find your M-I-L's malam Lailatul Qadr funny. Bedak kesannya, oh ya.. Arissa? I almost named my only daughter that... it was on the shortlist but we decided on Alesha. Took us fifteen years for God to deliver her to us...

Yes, like Zawi said. The dream of every Moslem. But for most, it just remains a dream... Semoga pertingkatkan zikr, solat - di malam2 terakhiri ini. Ada dalil mengatakan the Quran ul-Kareem was handed down on the last 10 ten days but not sahih. The point, bertaqwa, ikhsan, kukuhkan iman. Insya'Allah victory shall be yours.

Bro', don't mind I blogroll you ya?

tokasid said...

Salam pak mior:

Memang elok bebenor pak mior boh berkenaan LailatulQadr, sebab hari ni dah hari ke 19 puasa jadi malam ni malam ke 20. bermula malam 10 terakhir Ramadhan.
Kalau ada kesempatan masa dan ruang, kita pakat iktikaf selama mungkin kat mesjid yg dekat2 rumah kita.

Semoga ALLAH izinkan kita menjadi penerima Lailatul Qadr tahun ini.

Mior Azhar said...

Pak Zawi, Mat Salo,Tok:
Insya'Allah, kita diberi kekuatan dan rezeki pada Ramadan ini.

Anonymous said...

encikmior... cite yg menginsafkan

www.meozeq.com