10.10.07

Eid Mubarak!

Ampun Dan Maaf DiPinta
Dari Kami Yang Beratur di Tangga
Kami Dah Siap Nak Balik Raya
Insya Allah! Lepas Raya Baru Berjumpa

Hari Raya Tak Ada Karipap
Tapi Kat Rumah Mak Ada Putu Jawa
Kalau Ada Salah Dan Silap
Harap-harap Lupakanlah Saja

Kita Raya Lebih Sebulan
Agar Silatulrahim Terus Bersemi
Kalau Ada Masa Kelapangan
Jemput Semua Ke Rumah Kami

(Maafkan pantun tu, buat tergesa2, maklumlah bukan pakar)

13 comments:

Pak Zawi said...

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada saudara dan keluarga. Semoga silaturahim yang terjalin akan berkekalan

Mior Azhar said...

Pak Zawi,
Terima Kasih! Saya juga mengucapkan Salam Aidil Fitri. Tentu sibuk kali ini, maklumlah Hari Raya disertai majlis walimah. Semoga semuanya berjalan lancar.

mokk said...

Salam Mior..

Selamat Hari Raya..maaf zahir batin

Semuga sentiasa dalam peliharaan Nya..amin.

Pandu Selamat dan berhati-hati di jalanraya.

Enjoy your Raya..

zabs said...

Jika memandu ikut peraturan,
Had kelajuan sila patuhi
Selamat beraya saya ucapkan,
Komen yang silap harap maafi

Mior Azhar said...

Salam Dr Mokk,
Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
Moga kita sama-sama sihat di Hari Raya ni. Maklumla makan dah boleh siang dan malam.

Pak Zabs,
Alamak, Pak zabs otak dah jam, dah tak boleh balas pantun dah....Anyway

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin

Kerp (Ph.D) said...

bg mior,

aisehman bang. i tried my hand on pantun too, for my raya posting. haha...sama la...

anyway, here's wishing u and family salam aidilfitri. ampon maaf jika ada terkasar bahasa dan kata. have a great raya, brother.

Mior Azhar said...

thanks kerp bro
you have a great Raya too

Unknown said...

pak mior....:-) selamat hari raya...

zaman sekolah dulu pun depa panggil saya 'pak juga....hehehe...pak payne!"

walaupun pantun di tulis tergesa2
ada rangkap,pembayang dan maksudnya
pak mior ni tinggi budi bahasa
tak de yg silap ... di hati saya!

sudah di tangga, sempat bersalaman
tutuplah pintu, dikunci jangan
belum berjumpa, sudah berkenan
sehaluan tuju, teman setaman!

sungguh bercahaya bulan purnama
sungguh ceria pak mior sekeluarga!

salam dari,
idham

Chedd eddie Yusoff said...

selamat hari raya and thanks sebab tinggalkan komen kat blog saya :)

www.cheddyusoff.com

Mior Azhar said...

Pak Payne,
Selamat Hari Raya. My wife ada uncle that people called Pak Payne too. He used to stay in Pasir Mas, married a local there.

Sukardi,
Selamat Hari Raya to you too. My wife suka sangat your character and dancing. Menjadi youuuuu. I dah tengok dua kali, tadi pergi bawak family, isshh rasa nak tengok lagi

Bergen said...

Salam aidil fitri to your and your family, sir.

drNO said...

selamat hari raya...
wah..wah..wah..raya2 buat BBQ...

Mior Azhar said...

Bergen, Sir:
Am awaiting for your Umrah trip rundown...

Dr No:
Are you based in Perak too? Where exactly. Salam Lebaran.