Yeah! I slept thoughout.
Woke up for Subuh. Ngam ngam jer before hari terang.
Tengok2kan Mak. Surfed Astro channels. Sleepy still.
By 8 am, sudah masuk bersemayam di kamar beradu.
By 11.30 am, woke up again.
Lucky, as 10 minute later, arwah bapak's cousin Wan Adek and her daughter came a calling.
By 12.30 noon geromobolan from Cheras also came over.
Nisah, Naim, Fudel and Amin.
Fudel brought his Hookah Pipe and Shisha for us to try.
2pm, while everybody busy preparing for lunch, masuk Zohor jap.
Lepas Zohor, konon2 baring sekejap.
Sedar2 sudah pukul 6pm.
Huh! Where did I go?
And I missed lunch.
And swimming session with the gang.
What a waste.
27.8.07
24.8.07
13 Jangan!
I, more than ever, need this reminder constantly. Mak is sick and its not easy for everybody. Mak, especially. Here goes...
Taat kepada ibu bapa adalah suatu kebaikan yang perlu didahului dengan menghindari daripada sifat derhaka. Apa gunanya melakukan kebaikan tetapi dalam masa yang sama juga kita melakukan kejahatan. Tidak melakukan kejahatan adalah lebih baik daripada tidak melakukan kebaikan.
Apa gunanya hidup bermewah tanpa memenuhi keperluan asas terlebih dahulu. Hidup dengan keperluan asas yang cukup adalah lebih utama daripada hidup bermewah-mewah.
Makanya…
Jangan 1: Memarahi ibu bapa
Kita bukanlah berhak untuk memarahi mereka apatah lagi mengherdik sehingga menimbulkan caci maki terhadap mereka. Jangan sekali-kali menjadikan teguran sebagai suatu alasan untuk membenarkan diri kita memarahi ibu bapa. Allah juga menjelaskan di dalam Quran surah al-Israk ayat 23 yang bermaksud, “…janganlah berkata kepada mereka ‘Cis’ dan juga mengherdik mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.”
Jangan 2: Memalingkan wajah
Apa yang dimaksudkan dengan memalingkan wajah adalah mengalihkan perhatian semasa sedang berkomunikasi dengan mereka. Maksud lain adalah mengambil sikap sambil lewa tatkala mereka sedang bercakap dan menyampaikan sesuatu kepada kita.Apa yang pelik adalah, kita mudah mengabaikan ibu bapa semasa sedang berkomunikasi. Segala kehendak dan perintah mereka dipandang sebagai sesuatu yang kurang penting dan remeh. Sedangkan mereka adalah orang lebih berhak menerima penghormatan dan perhatian di dalam sesebuah pertemuan atau hubungan komunikasi.Sebagaimana kita mampu menyerapkan sikap menyanjungi orang-orang ternama, lakukan yang lebih terhadap ibu bapa kita. Dengan sikap dan pandangan sedemikian, secara sendirinya kita akan menghormati malah setiap kali kita memandang dan mendengar kata-kata mereka, kita pasti merasakan ia adalah sesuatu yang paling berharga.
Jangan 3: Pandangan tajam
Iaitu menjeling atau menjegilkan mata menunjukkan rasa marah kita kepada mereka. Perbuatan ini mungkin akan lebih memeranjatkan mereka kerana ia menggambarkan lebih kebencian dan keegoan diri kita terhadap mereka. Semasa bercakap dengan mereka, pandang wajahnya atau tunduk sahaja sambil memberikan perhatian terhadap komunikasi yang dibina bersama mereka.
Jangan 4: Tunjuk bosan
Tidak kira sama ada ia melalui bahasa tubuh badan mahupun perkataan terhadap perbuatan dan kata-kata ibu bapa.
Jangan 5: Tinggi suara
Menghormati tidak hanya semasa berhadapan ataupun berurusan dengannya sahaja. Tetapi kehadiran mereka di sekitar kita juga perlu dihormati. Jangan tunjukkan perangai sewenang-wenangnya ketawa terbahak-bahak semasa mereka berada berhampiran dengan kita.
Jangan 6: Menepis malu
Rasa malu mengaku anak kepada ibu bapa sendiri kerana kemiskinan mereka selepas kita mempunyai kedudukan yang tinggi, kaya ataupun terhormat. Malah kita sengaja menyembunyikan identiti ibu bapa kita kerana berasa status mereka akan menggugat kedudukan kita di kalangan masyarakat yang menyanjung kita.
Jangan 7: Menyakitkan hati
Seperti sengaja memuji-muji ibu bapa orang lain dengan tujuan hendak membeza-bezakan di antara mereka. Bahkan memperli mereka dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
Jangan 8: Kedekut
Kikir dan kedekut berlaku semasa kita memiliki rezeki atau sesuatu yang lebih dan pada masa itu kita mampu untuk memberikannya sedikit kepada ibu bapa. Kita sengaja tidak mahu menyerahkannya. Padahal yang diminta adalah benda yang ada. Kalau dia meminta benda yang tiada, itu lain pula ceritanya dan tidaklah boleh dinamakan kedekut; tetapi tiada kemampuan.
Jangan 9: Tinggi diri
Jangan lupa asal usul kita sehingga berasa lebih tinggi dan lebih baik daripada mereka. Walau setinggi mana kedudukan kita, kita adalah bermula daripada ketiadaan apa-apa. Orang yang mengangkat kita pada kedudukan sekarang ada ibu bapa kita sendiri yang tidak wajar untuk memandang rendah kepada mereka.
Jangan 10: Kritik
Ia adalah merangkumi kata-kata teguran yang hanya benar-benar mementingkan perasaan diri sahaja. Kita sering menginginkan kepuasan dalam apa sahaja yang kita lakukan. Ia mungkin banyak berlaku dan dilakukan di kalangan kita dengan kawan-kawan. Tetapi jangan sampai diperlakukan kepada ibu bapa kerana mereka bukan hanya perlu dilayan dengan baik, bahkan memerlukan layanan yang istimewa; lebih daripada apa yang diberikan kepada orang lain walaupun sahabat karib kita sendiri.
Jangan 11: Kata ganti diriSeolah-olah merasakan kita adalah sama kedudukan dengan ibu bapa atau lebih mulia dari mereka. Mungkin ada di antara kita yang biasa membahasakan diri sebagai ‘Aku’ kerana ibu bapa mendidik kita sedemikian sejak kecil. Ini mungkin terkecuali kerana bahasa diri itu tidak dianggap sebagai satu bahasa yang kasar dan biadab oleh sesetengah ibu bapa lantaran budaya keluarga masing-masing.
Jangan 12: Melebihkan orang lain
Selalunya terjadi apabila kita sering melebihkan kawan-kawan kita sama ada kelebihan dari sudut perhatian, pemberian, penghormatan dan juga masa terluang.
Jangan 13: Memihak pada siapa?
Kita tidak digalakkan menyokong permusuhan dan pertelingkahan. Tetapi falsafahnya larangan ini adalah mendorong kita memihak dan menyokong ibu bapa kita sekiranya mereka dimusuhi. Apatah lagi sekiranya mereka dicaci maki oleh orang lain.
Sayidina Ali bin Abu Talib berkata yang bermaksud, “Sekiranya Allah mengetahui ada sesuatu kederhakaan yang lebih ringan dari kata ‘ah’ pasti dia akan mengharamkannya. Orang yang derhaka boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya, tetapi dia tidak akan masuk syurga. Orang yang berbakti kepada ibu bapa boleh melakukan apa sahaja, namun tidak akan masuk neraka.”
Tanpa ibu bapa, siapalah kita.
(adapted from an article from pts.com.my)

22.8.07
Lelaki Ini
Heard this song while driving. Now I'm feeling slushy. Allow me to dedicate this to my Yan.

Lelaki Ini by Anuar Zain
Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…
There. I love You!

20.8.07
Bila rezeki datang berkunjung...
Over the weekend, Yan's niece and nephews came over to makan-makan and mandi-mandi at the swimming pool. Here are the August Girls Asma and Nisah potong kek. Ala-ala birthday.
Then on Monday, while I was at work, my uncles - Ayah Anjang and Ayah Chik - and their wives and anak and cucus datang. They came and makan-makan jugak sampai tak hingat dunia yang all of them ada diabetes segala. Anyway, Ayah Chik's youngest cucu, three year old Haifa looks exactly like Asma when she was at her age. You could still see the resemblance here...
Subscribe to:
Posts (Atom)