21.9.06

Innocent Lives


Bila tengok gambar lama-lama kadang-kadang nostalgia ler pulak. Macam gambar yang ini, betapa innocentnya hidup budak-budak zaman dulu kala. Ini gambar seorang abang sedang mendukung adiknya pada tahun 1978. Yang abang tu masa ni Form 2, adik (sebenarnya sepupu) tu 4 tahun. Gambar dirakam depan rumah opah dia orang berdekatan Ipoh.
Masa dia orang amik gambar ni mesti dia orang tak sangka saiz badan mereka akan berubah menjadi begitu drastik (terutamanya si abang ler) setelah mereka dewasa dan berumah-tangga. Harga sebuah kemajuan adanya!

Gambar Lama

Hari ni main scanner kat office lagi. Ini lagi dua gambar-gambar lama yang telah berjaya diabadikan. Enjoy !



Gambar ini menunjukkan sepasang pengantin baru pada zaman 90an. Agak lama la jugak sebab majlis perkahwinan berlangsung pada millenium yang lalu. Apa yang menarik tentang pasangan ini ialah pengantin perempuan tu dengar khabarnya kena kahwin paksa!! Tetapi kalau diperhati dengan betul2, rupa pengantin perempuan ada iras-iras Permaisuri Agung Siti Aishah ler pulak kan? Kan? Kan?



Anak sapa ler yang cute cute ni. Ish? Comel-comel belaka - ni kalau besar nanti kenalah kahwin dengan anak-anak raja ker, tak pun mana-mana Datuk yang tidak bermisai, masih berusia muda dan tidak beristeri.

20.9.06

Virtual Malaysia

Ini kami at 3.30am still at the office. Let me introduce my office mates - Ezali, Arida, Linda, Suhaila, Edward, Asiah and Me.


The company I worked with is on cloud nine. Their effort to get the Virtual Malaysia portal to be endorsed by the Tourism Ministry as the Tourism Malaysia official portal finally came after like zillion times of false alarm. The launch and announcement was held last Monday. Everybody from the office were there except me. Why? Because I went back home at 5.30am that morning and I was thinking to have a short nap before I drive over to MTC, Jalan Ampang before the launch starts at 11am.

Balik rumah, tidur and bila bangun sudah 12.30 noon. Ha ha ha. Padan muka. Ini ler penangan kalau tak tidur malam 2 hari berturut-turut.

However, for all its shortcomings, I must say that the people at the Virtual Malaysia office are one very passionate bunch and most of them are willing to work beyond the call of duty. Susah nak cari this kind of people at most companies today, tambah-tambah a Bumiputra company. I should know, I've worked with many companies before. Now if only they could pay me a little bit more....

Tahniah to all.

Tazkirah Syaaban

Ramadan hampir menjelang. Apa kata kita berkongsi sedikit peringatan kali ini.

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk khinzir. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solatlima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diridari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagikawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

19.9.06

Bapak and I

Hari ni belajar macam mana nak scan gambar kat office. Pathetic, right? Baru sekarang nak belajar... Anyway, hari ni scan dua gambar lama - Allahyarham my bapak and I. As for my gambar, sempena nak puasa ni, scan ler yang kurus punyer, kot-kot boleh menjadi macam tu balik. Fat Hopes!


This is me circa 1990-91. The place was Computimes office at the NSTP old buidling. We were on the second floor. Masa ni, new (current) building was still under construction. Computimes then was still in a small room at the back of Business Times and NSTP library. Very the ceruk one. And there were six of us in that crammed room - from my desk it was only lima langkah aje ke pintu and my place was at the end of the room.




Arwah Bapak kat depan rumah di Temoh. Masa ni awal tahun 80an tak pu late 70s, tak ingat dah tapi masa ni dia nak gi kerja tapi kami anak-anak dia suruh pose dulu. Pintu warna purple tu pun dah tak de sebab masa buat renovation rumah tahun 1986, it was decided to turn that living room into master bedroom. I am now a father myself and so are my brothers - Chor and Mi. I think all three of us are mirror images of our Bapak. My brothers and I are very close to our children and wives. Just like Bapak. Sayang dia tak sempat jumpa cucu-cucu dia. Dan menantu-menantu dia, err except of course Yan.