20.10.06

Buka Puasa

Dah makan-makan, kami amik gambar. Macam pelakun Samarinda ler pulak kan kan kan

Sejak dua menjak ni, I try not to buka puasa kat luar, especially kat hotel, unless it is really necessary. Bukan apa cuma I felt reaaallly guilty sebab I got to eat ridiculously banyak punya makanan at the hotel whilst the girls at home tak. Nak bawak dia orang almaklumlah, sorang ajer dah berplus-plus RM. Maner nak Raya lagi.
Anyway, yesterday the office did a buka puasa at the Palace of the Golden Horses and at the same time meraikan anak-anak yatim from Puchong. Terpaksalah jugak pergi. As usual, makanan punyala melambak-lambak, boleh feed entire nation somewhere in Africa. Dah tua2 ni, bukan boleh makan banyak pun.

Ini nak bagi tahu, if you are fat, don't ever forever take photo with yourself right in the centre of the picture. No amount of effects will help you not to be the focus of the picture. Not even when you have a friend sitting next to you and trying very hard to look like a demented person will help you.....


This is how it should be. Fat people to the back. Nyorok belakang orang. Better still biar muka jer yang nampak. Tapi kalau muka pun sebesar2 bumi, err so sorry ler ya.

19.10.06

Anak Mak Yang Rajin

Alhamdullilah, anak anak dara kami boleh menolong di dapur. Ringan sikit beban Yan sekali kala. Tetapi dalam tiga orang tu Asma lah yang paling rajin membantu. Tambah-tambah ketika musim buat biskut Raya seperti sekarang ni. Asma bila menolong memang boleh dipuji, dari mula sehingga selesai semua dia akan membantu. Memang ringan tulang. Tak macam sesetengah budak (dan orang tua jugak) yang rajinnya diawal-awal projek ajer. Tahun ni memang dah plan dengan mak dia nak bikin pelbagai biskut Raya. Jemputlah datang bila Raya nanti....
Perancangan Yan dan Anak-anak ialah untuk Raya kali ni nak membuat:
Jem Tart, Biskut Oat Kelapa, London Almond, Majorca, Crystal Ball, Blueberry Cookies, Cornflakes, Kuih Karas, Kuih Kapit, Fruit& Nut Candy, Samprit, Peanut Butter.
(Ini kira nak match the feat yang selalu dilakukan oleh my cousin Nyah Intan kat Taman Tun yang setiap kali raya tak sah kalau tak bersusun container kuih atas meja makan dia. Dan meja dia pula ada dua buah. Bayangkan ler betapa meriahnya meja dia beraya.)
Tangan-tangan ibu dan anak yang membuat biskut raya dengan riang ria. Tangan orang lain tak de sebab dua tangan kecik tengah surf Internet dan satu tangan besar lelaki sedang tengok TV dengan rasa tak bersalah langsung.

"Puan-puan sekelian, selepas siap dibakar, makanya biskut ini perlu disimpan di dalam bekas kedap udara. Tak pun elok dimakan sahaja," kata Miss Asma (tahun depan masuk TV ler buat siri masak2 untuk bulan Ramadan)

Feeling2 Pergi Harrods!

Ini Zul yang ambik sebab dia terror ambik gambor

Yesterday, I went to Harrods. Tapi tak beli apa-apa pun sebab biasalah barang kat Harrods mahal-mahal. Dah tu tak de banyak mana pun barang-barangnya. Maklumlah Harrods kat KLIA tak besar mana - takat besar2 booth pameran Sure Heboh jer. Tapi jadik ler dapat feeling2 pegi London. (Harrods outlet ni is right away after you check in immigration counter for international departure kat KLIA).

I was with my colleague Zul yesterday. Mamat ni ropa2nyer tak pernah lepas the immigration line kat KLIA. Punyer ler dia syok dapat naik aerotrain yang gi Satellite Building, satu hal le pulak aku kena ikut dia ulang-alik naik aerotrain.

15.10.06

Opah dan Cucu2nya

Opah Temoh and her nine grandchildren - Safia, Soraya, Sabrina, Adam, Alia, Asma, Arissa, Azam and Azizah

My family came down for buka puasa today. Mak came with Mi from Temoh today. Then my brothers and their families came as well. Dah lama sungguh we did not berkumpul ramai2 sebegini rupa. Keadaan memaksa. Kesilapan memungkinkannya.

Anyway, alhamdullilah semua hadir. Makanan pulak berlambak-lambak. Macam nak buat kenduri untuk 100 orang. Mak pulak bawak lauk-pauk dia dari kampung.

Apapun sebab dah lama tak buat gathering macam ni, terduduk jugak kami suami isteri keletihan. Penyudahnya, makan pun ala kadar ajer. Penat punya pasal. Lagipun dah tua. Nasib baik ada anak dara tiga orang yang boleh membantu. Ringan sikit beban.

Dush! Terkena Sebijik

Yesterday, after berbuka, I happened to watch an Astro Ria programme called Kembara Iman. It is a programme about saudara baru yang embraced Islam in Malaysia and how they are coping with being a Muslim.

The particular show that I was watching zeroed in on Haji Muhammad Farid Rawi which I think is a lecturer somewhere plus a pendakwah with Perkim ler kot. Just listening to this Tuan Haji, which I'm pretty certain is waaaay younger than me, menyebabkan diri ini terasa kerdil. Here is a former Hindu man who went through a lot to learn about Islam - he took it upon himself to learn Islam and even went over to Jordan to earn his degree in Usuluddin. All these on his own, okay. Tak dak sapa tolong bagi duit.

He even managed to convert his mother as well after so many years. The mother passed on three months later. Likewise with his brother who embraced Islam a month before he died.

My favourite quote was when he said: "kali pertama saya masuk ke dalam masjid badan saya seperti dihujani salji. Sejuk tak terkata. Bahagia tak terucap. Bukan macam sesetengah orang sekarang yang pergi masjid pun susah." Terkena sebijik.

"And Mior Azhar? What have you achieved thus far?"

For that I am humbled. Thank You Tuan Haji, for bringing me back to earth.

Allah is GREAT!!!