24.10.10

Two days of de-stressing myself!!!!

Things have been rather daunting at work this past week and when Saturday rolled by, the car decided that it too needed a visit to the mechanics. Alahai. Yeah, that's life - full of ups and downs.

Not that I'm complaining for life has been good to me and my family. Alhamdulillah. So (I guess it came with age) I decided to de-stress by doing something fun (and stupid la jugak on my part). I challenged the wife to a cook off... a duel I was destined to lose lah. But I was very taken up by that Top Chef show currently on 702. So after parted with a few hundreds of RM at the car workshop, we (the wife and I) rushed through USJ Taipan buying stuff and ingredients for our 'Top Chef' contest. And it's decided that the cook off will be based on bread and mince meat. Ambitious sungguh, babe!

Once home, we went straight to the kitchen to start the competition.. ya bukan main lagi. And we roped in my daughters to act as judges (with my mom making a guest judge appearance hahahaha).

It was real fun as I was totally into the whole reality TV mode and I was running around the kitchen (a first) trying to emulate those contestants in the real Top Chef. Berangan tak sudah lah kaedahnya. And to make it even more seronok I decided to be the bad guy and let me tell you... oh it was such a joy trying to sabotage my competition (you know hide her stuff and all and trash talked my way around trying to rile her up so that she hilang fokus).

But in the end, we ended up with two dishes that's not too bad. Not bad at all!!! Now we present you our creation:

This from the wife... Kacang Phool with French Bread served with onion and green chillies with caramelised tomato salad.
And this from me... my signature (kunun2nya) spicy ginger spaghetti bolognaise served with garlic bread. True winner.. chewah!

And then on Sunday pulak, as I felt I need more de-stress session, the wife and I drove over to the Summit USj which is like 5 minutes away from home to watch Red, starring Bruce Willis, Morgan Freeman, John Malkovich, Helen Mirren, Karl Urban and the delightful Mary Loiuse Parker.

Its a action comedy flick that we found enduring and funny (although the critics in the US slams the movie - but who cares , man... we were thoroughly entertained.)

The movie is about Willis, Freeman, the deliciously funny Malkovich and Mirren playing ex CIA operatives in RED, which stands for Retired Extremely Dangerous, who have to come out of retirement after leaked government secrets makes them all targets for assassins. Parker plays Willis' love interest.


It was fun good old action comedy movie ( a bit of a road trip movie pun jugak as it took you to several US cities) and is devoid of the usual 3D related technology (now so prevalent in big blockbusters). Great movie for someone who needs a break from pressure cooker life.


Okay, now I'm all ready to go back to work!


3.9.10

Another boy joins us!!!


Its a joyous Ramadan for Keluarga Haji Mior Mahmud extended family as we welcome the latest addition to the clan when Yone gave birth to a 3.2kg baby boy (cute ya amat!) on 3.9.2010. In Penang. It's grandson number three to my uncle Ayah Anjang and Wan, apparently joining Wan Chu's club of three cucu lelaki. Tahniah Yone and hubby Azri. And the new baby nephew celebrates his birthday with Mi Yong aka Anom and second cousin Azam.
Yeay!!

(pix was "stolen" from the proud father's FB, naturally)

10.8.10

Sepuluh Adab Puasa... peringatan untuk diri sendiri..

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang akan menyempurnakan ibadah tersebut, di antara yang terpenting :

1. Menjaga lidahnya daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya.

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syarak dan perkara yang sia-sia.

3. Mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau mengandungi unsur syubhat, ter utama ketika berbuka dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: ``Apabila kamu berpuasa, maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?'' Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.

Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak dan binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga! (An-Nasai)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang puasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Puasa itu adalah `perisai', sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya, maka hendaklah dia katakan kepada orang itu : Saya sedang berpuasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami keperitan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya akan terkawal, keinginan nafsunya akan berkurangan, hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

Penggembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan, memberikan kesan positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut, terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain, sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika munajat dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu pada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Sabdanya : Takungan jelik yang dipenuhkan oleh manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: ``Sekiranya perutmu kenyang, anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu), tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.''

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus, bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan ini, bahkan mengambil kesempatan yang ada untuk beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya.

Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini, sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : Umatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwaya Ahmad, Bukhari dan Mus-lim).

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa, tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat Baihaqi dan ibnu Khuzaimah).

10.Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat tarawihnya seperti mana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat tarawih mereka kerana meninggalkan `wajib' solat tersebut seperti, meninggalkan tumakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin cepat dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.

Amalan tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti pada waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya dalam mengerjakan solat tarawih itu sehinggalah selesai sama ada sebanyak 20 rakaat atau pun 8 rakaat.

Sabda nabi s.a.w. : Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman. (An-Nasai).

- Petikan Nasihat Agama dan Wasiat Iman tulisan al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad.

9.8.10

Facebook oooh Facebook!!!

Entah apa lah tarikannya, Facebook kini menjadi mainan ramai orang. Contohnya, sudah ramai ahli keluarga sendiri yang dulu buta komputer, kini berfacebook.
Saya sendiri tidak terkecuali. Pantang membuka komputer, pasti gatal tangan untuk klik ke laman Facebook. Malah saban hari juga saya menanam azam untuk tidak membuka Facebook untuk hari itu, Dan sepertimana azam untuk menguruskan badan, azam untuk tidak berfacebook juga tinggal azam semata-mata.
Terkadang terdetik juga di hati untuk deactivate akaun FB namun sayang pulak... di sinilah saya dapat mengetahui cerita-cerita terkini sahabat handai serta kaum keluarga tanpa perlu menelefon ataupun berjumpa bersemuka.
Tapi sungguh akhir-akhir ini saya agak jemu sudah dengan Facebook. Dulu memang rajin amat untuk menulis status di Facebook. Tetapi kini sudah berkurang amat minat yang satu ini. Mungkin sudah kurang ilham. Dulu juga saya sibuk bermain Fishville di Facebook (mujur tidak berFarmville yang lebih popular itu), tapi itu juga sudah saya tinggalkan.
Jadinya sekarang ini masa di Facebook banyak digunakan membaca dan melihat profail2 serta status dan foto kawan-kawan yang masih rajin 'mengupdate". Sekali-kala saya juga meninggalkan jejak komen di wall mereka.
Apapun, beberapa bulan yang lalu saya mula berjaya menjejaki lebih ramai rakan-rakan sekolah yang sudah hampir 30 tahun hilang tanpa berita. Sungguh paling seronok bila dapat berbual bicara dengan rakan-rakan lama ini. Facebook rocks!
Dan satu lagi saya juga amat senang membaca status2 berupa nasihat serta peringatan terutamanya dari beberapa sahabat yang berjawatan Ustaz. Ada juga status dan komen yang kelakar secara berhemah...
Namun Facebook juga tidak kurang dengan "anasir-anasir" kurang enak... ramai sungguh yang meninggal komen kurang ajar, ramai sungguh yang suka bermegah-megah dan ramai sungguh yang mengeluh tidak berhenti-henti. Ish! sungguh tidak larat membacanya. Tetapi kadang-kadang terfikir juga, mungkin status saya ada kala juga berbaur sedemikian rupa. Kalau begitu, saya mohon maaf ya, tidak sengaja! Oh ya, spam yang datang hadir juga acap kali merimaskan.

Dan kini saya tertanya-tanya pula... apakah motif tulisan blog kali ini? Hahahahahahah!