21.6.06

Book Store

Saya suka membaca. My daughters suka membaca too. Even my wife (yang tak suka membaca tu) pun dah suka membaca. Yipee! Terima kasih saudara Ramlee Awang Murshid.

So tempat-tempat baguzz untuk beli and browse buku ialah:

1. Kinokuniya, KLCC: Sudah semestinya. Beribu-ribu lemon buku kedapatan di sini. Memang boleh lepak sehari suntuk kat sini. The best thing ada book club recommendation punyer section. So tak yah ler buang masa cari buku bagus2 kalu tak de masa. And memang terjamin power punya buku. And ada pulak discount2 cam tuh. Tapi masalahnya hanya ada satu je kat Malaysia nih. dah tu kat Suria KLCC aje lak tuh. Masalah tu. Tak suka gi area tu.

2. Borders, The Curve: Baru jumpa. Tapi orang banyak kata Borders kat Berjaya Time Square is even better. Masalahnya, nak pegi Berjaya Time Square tu pun tah bila le agaknya. Tu lagi ler sesak dada punya area. Tapi Border kat sini ok ler jugak. Cuma bertingkat-tingkat ler pulak.

3. MPH: Standard ler. Mid-Valley, Subang Parade, O Utama dan Summit USJ. Dulu tak de tempat lain, rasa besar dapat masuk MPH.

4. Popular Book Store: A bit Chinese centric tapi yang ada kat Ikano Power Centre tu quite impressive. Memang selalu jugak lepak kat situ. Sebelum kemunculan Borders laar.

5. The best place would of course Pesta Buku kat PWTC. Gumbira sangat kalau dapat ada every month instead of every year.


Special Mention: Pay Less Book - sesuai waktu duit pokai.

22.5.06

Tidur

Saya suka tidur. Baik siang maupun malam. Tapi selalunya mmg suka tidur siang. Kena pulak tidur lepas lunch. Dulu masa kat kolej especially masa second year masa jadi roommate ngan arwah Mat, selalunya hari Jumaat, we had early lunch, nasi minyak lagi. Makan-makan banyak and then pi sembahyang. Balik dari sembahyang, kelas memang dah siang-siang bagi cantik tak dak dah, kami pun tutup langsir, and then tutup pulak lagi ngan selimut tebal for maximum effect (mmg gelap macam malam jadinya, trust me), on kipas semaksimum nya and invite a few more gang members and terus tidur. Bangun selalunya pukul 11 or 12 tgh mlm. Perangai ni terus mengikut (kuat tidur) sampai ler sekarang.

So can u imagine my surprise bilamana yesterday Asma (yang sedang membedek buku Suami Isteri Yang Bahagia) yang Yan letak merata-rata tempat tiba-tiba angkat kepala dia and tanya:

"Bapak ni hebat di tempat tidur ya?"

Moral of the story:
For A'a: Bawak-bawak ler cari hobi lain yang lebih aktif
For Yan: Buku pelik2 macam ni jgn letak merata-rata, ok?

All the Negara

Masa kecik-kecik dulu, kalau ada opportunity gi KL atau pun ikut mana2 rombongan sekolah ke, tempat2 wajib untuk dilawati sudah semestinya all the Negaras -- Zoo Negara, Muzium Negara Masjid Negara dan segala.
Semalam, for some strange reason, we decided to do the "Negara" exploration. Mula-mula nak gi Muzium Negara aje, tetapi the night before Asma dok bising2 betapa teringin nya dia nak gi Marrybrown, the restoran tu. Masalahnya tak tau ler pulak kat mana kat KL ni ada Marrybrown except kat Zoo Negara.
So at the end Yan and I decided to go to Zoo Negara instead. The last time we were there (Zoo Negara) was 10 years ago. Tak ada apa2 yang baru nampaknya except they have this photography corner dan KFC restoran dah kena abandon. Lain2 tu nothing interest me. Yang nampak excited hanyalah Alia. Well, benda2 macam ni memang ler Alia yang suka. As for Asma, she came for the Marrybown. Arissa pulak, macam bapak dia, serik dah nak datang. Dah ler kena jalan-jalan dalam panas, tau ler Zoo bukannya bersih sangat.
Lepas tu ingat kan nak gi Memorial P. Ramlee sbb bebudak ni tgh high on P. Ramlee movies. But oleh kerana tersilap jalan, we ended up atas Sungai Besi highway. We then decided to do a Negara tour ler instead.
Next stop, Istana Negara. Sampai depan gate Istana, ramai bangat tourists. Kami je rakyat Malaysia yang setia. Eh! Interesting ler pulak sbb dah ada askar ngan kuda jadi Pak Guard. In full regalia ler pulak. Bangga pulak jadi rakyat Malaysia. Amik gambar segala kami terus gi Muzium Negara.
Ini lagi ler lama tak pegi , rasanya mau 20 tahun kot, masa tu bawak cousin2 yang masih kecik gi tengok muzium. Sekarang ni cousin2 yang kecik2 tu ramai dah kahwin dan beranak pinak dah. Lama tak lama.
This time around terasa kecik ler pulak Muzium. Apapun I guess its's a good educational trip for the girls.
The best part ada video show on adat berkhatan cara org2 dulu. Merah2 muka Alia and Asma watching the show. Arissa, seperti biasa, selamba je sebab tak paham.
Lepas Muzium, ingatkan nak gi solat kat Masjid Negara tapi Yan said NO sbb kaki dia bagaikan nak tercabut. So lalu aje lah tepi masjid tuh.
That concludes our Negara trip.
Depan Kereta Bomba lama kat Muzium

Depan Flamingo Pond kat Zoo Negara (tu flamingoes ker, ek?)


One family di Zoo Negara: Tiga anak dara, mak dan bapak. (Ooops bapak tak de, ingatkan gajah tu....)


Ni bergambor ngan Opah Kampor. Eh, Arissa mana?

17.3.06

Delightful Sarawak

Last Tuesday, went to Sarawak , Kuching to be precise, for a Kursus Kewartawanan Pelancongan. It has been 14 or 15 years since I have been to Kuching. This time around ada chance utk explore the beauty of the place, and man, I'm so very the very impressed. Must bring the family over for a vacation. It was like going to a totally new country with so many new things to see and learn.

The best thing about Sarawak (and the kursus)...
1. You don't have to learn new language to communicate.... guna BM aje.
2. Sarawak Cultural Village - one stop centre to learn about Sarawak.
3. The location of the Hotel - Holidiay Inn Kuching - is like so giler for mid-range for a traveler like me - near three shopping malls, , ATM merata-rata, foodcourt bersepah, dekat ngan main bazaar if you want yto buy all souvenirs, Seven-11 pulak dok kat sebelah. Eh pendek kata, meriah ler. Orang putih kata - happening. Mesti Yan and the bebudak suka.
4. The people - very the friendly ones. Tetiba je bagi salam. Best le macam ni.
5. Jumpa Datin Noraini Shariff, a dear friend from NST dulu. Giler macam tu jugak. ANd Datuk Ahmad Talib and Zahari. Of course deme tak berapa nak kenal sebab yang empunya diri dah sebesar lori.

Not so best about the trip
1. First time naik AirAsia. Ya le murah tapi macam claustrophobic ler pulak. Dah ler badan besar, duduk pun muat-muat kerusi. Cukup2 je tali seat belt tuh. Jadik the issue now is to kecik kan badan ke atau nak suruh Air Asia beli bigger aircraft?
2. Flight balik delay ler pulak. Reason, KLIA ada hujan ribut!!!

There serba sedikit ttg my trip to Sarawak.

16.2.06

A conversation with Asma

At home, and generally speaking, our second girl Asma is the one yang paling banyak bertanya. Because she reads a lot she tends to have a lot of questions. Anyway bersembang dengan dia ni kena harinya enjoy. Ada harinya semua orang lari takut nak layan. Macam tengah hari tadi, we were having lunch kat Cookbook Café, just the two us and here goes:

Asma: Bapak selalu mimpi tak?
Bapak: Tak.
Asma: Ama (she called herself this) sekarang selalu mimpi ler.
Bapak: (Diam aje malas nak layan)
Asma: Dulu Ama suka mengigau tapi sekarang selalu pulak mimpi. Mimpi yang buruk2 pulak tu.
Bapak: Mengigau ler tu.
Asma: Taak! Mimpi buruk-buruk ler. Kalau mengigau, Ama sedar.(dia menegakkan kebenaran).
Bapak: Mimpi buruk macamana?
Asma: Tak berapa ingat tapi mimpi buruk ler.
Bapak: Yela, mimpi burok macamana? Kita jadi bertambah-tambah miskin ke apa ke?
Asma: Tak, mimpi buruk macam ada sekali tu Ama mimpi bapak kahwin lagi satu…..
Bapak: (Dalam hati haaaah!)

That’s Asma!