30.9.06

Pantang Asma

Asma, anak dara kami yang kedua ada satu pantang. Dia pantang tengok satu-satu benda lepas tu mesti nak. Macam...

1. Awal tahun ni, kami tertonton Australian Open Tennis Championship kat Astro. For some reason, dia boleh jadi minat tengok and was so impressed dengan Martina Hingis who was then making a comeback. And she decided to become a tennis player macam Martina. Dan Bapak dia pun pergi ler beli racket tennis ...tambah pulak kat rumah ni ada tennis court. Sekarang dah nak masuk bulan October dan kami baru pergi main tennis sebanyak DUA kali sahaja. So much for tennis...


Martina Hingis in action

2. March hari tu kami tengok World Cup Show Jumping and were so taken up by the kuda-kuda yang melompat-lompat tu. Asma pun decided that she wanted to bela kuda and become a sh0w jumper one day. Macam orang kaya lar. So Bapak dia pun berangan sama - "kita beli satu abandon castle kat mana-mana di UK lepas tu kita bela kuda banyak2. Lepas tu kita cakap orang putih siap ngan thick English accent dan pakai baju lawa-lawa pergi Ascot." (Masa berangan tu luper pulak Ascot to tempat race kuda bukan tempat kuda melompat)

3. And latest sekali lepas tengok citer Heart tempoh hari, Asma decided she wants to become macam Nirina Zubir. So hari-hari mintak Mak dia potong rambut pendek macam character Nirina dalam cerita tu. Ingat muka dia lawa macam Nirina ler tu. Tapi cuba tengok betul2 gambar Nirina kat bawah ni, she's better looking with her long hair. So keep your hair Asma. Kang potong pendek2 jadi macam Bapak menyesal tau.

Nirina Zubir berambut panjang

27.9.06

Heart


Sehari sebelum puasa kami berlima ke bioskop pergi nonton film Heart. Aha. Jangan main-main. Kali terakhir saya sendiri ke movie nonton film Indonesia ialah masa saya sekolah rendah masa musim raya (biasalah zaman dulu , Raya ajer orang serbu Rex ker atau Cathay ker atau Lido ker atau Majestic ke) tengok wayang. Habis satu kampung keluar pekan pergi panggung wayang. Dah tak ingat dah citer apa yang ditonton kala itu, tapi yang pasti ada Sophan Sophiaan dan bini dia Widyawati.

Anyway, kisahnya Heart hari tu pun sebab tiga anak dara kami veto nak tengok cerita tu. Kalau saya muda lagi harus saya enjoy citer Heart ni tapi dah tua2 ni tak berapa nak boleh relate lagi. Yan pun sama. Dah ler citer dia slow moving sesangat - hampir2 kami tertidur. Tambah pulak memang ngantuk masa tu. Tapi citer Heart ni bukanlah boring tapi quite good cuma kami letih aje masa tu. And the acting especially by the three main characters are quite superb. Nirina Zubir memang outstanding. Script dia pun not bad jugak. Kenapalah filem Melayu tak der yang macam nih?

TETAPI, soundtrack filem ini amatlah mengujakan (yeah finally boleh use this word mengujakan) especially the title track iaitu My Heart dan lagu Pencinta Wanita (Yan panggil lagu ni lagu buaya. Nak tahu kenapa dengar ler lagu nih). Lagu2 lain pun sedap bangat jugak bung. I think this is the first time after Flashdance (ha ha ha) that saya sangat enjoy satu soundtrack filem. Better than Titanic soundtrack even.

Kalau tak sempat tengok movie ni, beli soundtrack dia. Memang Berbaloi.

26.9.06

Ustazah Arissa

Ustazah Arissa dengan pose ayu masa pergi tengok kuda melompat


Hari ni hari ketiga kita berpuasa tetapi rasanya lah puasa tahun ni agak mencabar sebab banyak pantang larangnya. Semuanya kerana Arissa. Uztazah Arissa mengenakan banyak pantang – larang di bulan Ramadan ni. Antaranya:

* Tak boleh bersembang (elok ler jugak kot sebab tak de lar terlajak nak mengata orang kot, tapi still….)

* Mak ngan bapak tak boleh sentuh-sentuh (ye lar tahu lar. Tapi bukan hari lain pun Arissa tak kasi sentuh ke?)

* Tak boleh mendedahkan tubuh badan

* Tak boleh pakai minyak wangi

* Tak boleh marah-marah (Alia and Asma please take note).

* Tak boleh tengok TV (tapi dia tengok Animax tak pe. Siap letak note kat TV lagi yang berbunyi: Siapa Tengok TV Kena Simpang Malaikat 44. Tapi Kalau TV Islam tak kena Simpang Malaikat 44. Boleh?)

24.9.06

Ramadan Al Mubarak


SELAMAT BERPUASA.
MOGA AMALAN KITA DITINGKATKAN..
MOGA AMALAN KITA DITERIMA


· Umar ibnul Khathab r.a. berkata, "Orang yang berdzikir kepada Allah pada bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya; dan yang memohon kepada Allah pada bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
· Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).

22.9.06

In Coversation With Arissa

Arissa, our beautiful youngest girl (and still my baby girl), came home and had this conversation over lunch today:


Arissa: Bapak, malam ni kena tengok anak bulan, tau!!

Mak: Kenapa pulak?

Arissa: Tengok anak bulan.... nak tahu bila puasa.

Bapak: Alah, bukak je lar TV. Apahal ler pulak nak mencari anak bulan.

Arissa: Taaak Boleeeh! TV tu tengok boleh tapi kena tengok anak bulan jugak.

Bapak: Aik, kat mana ler pulak bapak nak tengok anak bulan ni?

Arissa: Kat KLCC pun boleh. Tapi kat luar tu pun boleh jugak.

Bapak ngan Mak: Oooooh

(Satu hal ler pulak kan?)

21.9.06

Innocent Lives


Bila tengok gambar lama-lama kadang-kadang nostalgia ler pulak. Macam gambar yang ini, betapa innocentnya hidup budak-budak zaman dulu kala. Ini gambar seorang abang sedang mendukung adiknya pada tahun 1978. Yang abang tu masa ni Form 2, adik (sebenarnya sepupu) tu 4 tahun. Gambar dirakam depan rumah opah dia orang berdekatan Ipoh.
Masa dia orang amik gambar ni mesti dia orang tak sangka saiz badan mereka akan berubah menjadi begitu drastik (terutamanya si abang ler) setelah mereka dewasa dan berumah-tangga. Harga sebuah kemajuan adanya!

Gambar Lama

Hari ni main scanner kat office lagi. Ini lagi dua gambar-gambar lama yang telah berjaya diabadikan. Enjoy !



Gambar ini menunjukkan sepasang pengantin baru pada zaman 90an. Agak lama la jugak sebab majlis perkahwinan berlangsung pada millenium yang lalu. Apa yang menarik tentang pasangan ini ialah pengantin perempuan tu dengar khabarnya kena kahwin paksa!! Tetapi kalau diperhati dengan betul2, rupa pengantin perempuan ada iras-iras Permaisuri Agung Siti Aishah ler pulak kan? Kan? Kan?



Anak sapa ler yang cute cute ni. Ish? Comel-comel belaka - ni kalau besar nanti kenalah kahwin dengan anak-anak raja ker, tak pun mana-mana Datuk yang tidak bermisai, masih berusia muda dan tidak beristeri.

20.9.06

Virtual Malaysia

Ini kami at 3.30am still at the office. Let me introduce my office mates - Ezali, Arida, Linda, Suhaila, Edward, Asiah and Me.


The company I worked with is on cloud nine. Their effort to get the Virtual Malaysia portal to be endorsed by the Tourism Ministry as the Tourism Malaysia official portal finally came after like zillion times of false alarm. The launch and announcement was held last Monday. Everybody from the office were there except me. Why? Because I went back home at 5.30am that morning and I was thinking to have a short nap before I drive over to MTC, Jalan Ampang before the launch starts at 11am.

Balik rumah, tidur and bila bangun sudah 12.30 noon. Ha ha ha. Padan muka. Ini ler penangan kalau tak tidur malam 2 hari berturut-turut.

However, for all its shortcomings, I must say that the people at the Virtual Malaysia office are one very passionate bunch and most of them are willing to work beyond the call of duty. Susah nak cari this kind of people at most companies today, tambah-tambah a Bumiputra company. I should know, I've worked with many companies before. Now if only they could pay me a little bit more....

Tahniah to all.

Tazkirah Syaaban

Ramadan hampir menjelang. Apa kata kita berkongsi sedikit peringatan kali ini.

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk khinzir. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solatlima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diridari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagikawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

19.9.06

Bapak and I

Hari ni belajar macam mana nak scan gambar kat office. Pathetic, right? Baru sekarang nak belajar... Anyway, hari ni scan dua gambar lama - Allahyarham my bapak and I. As for my gambar, sempena nak puasa ni, scan ler yang kurus punyer, kot-kot boleh menjadi macam tu balik. Fat Hopes!


This is me circa 1990-91. The place was Computimes office at the NSTP old buidling. We were on the second floor. Masa ni, new (current) building was still under construction. Computimes then was still in a small room at the back of Business Times and NSTP library. Very the ceruk one. And there were six of us in that crammed room - from my desk it was only lima langkah aje ke pintu and my place was at the end of the room.




Arwah Bapak kat depan rumah di Temoh. Masa ni awal tahun 80an tak pu late 70s, tak ingat dah tapi masa ni dia nak gi kerja tapi kami anak-anak dia suruh pose dulu. Pintu warna purple tu pun dah tak de sebab masa buat renovation rumah tahun 1986, it was decided to turn that living room into master bedroom. I am now a father myself and so are my brothers - Chor and Mi. I think all three of us are mirror images of our Bapak. My brothers and I are very close to our children and wives. Just like Bapak. Sayang dia tak sempat jumpa cucu-cucu dia. Dan menantu-menantu dia, err except of course Yan.

18.9.06

Photo Race 2006

Last Friday, saya ke Melaka. Saya dihantar oleh boss untuk mewakili office untuk acara Photo Race sempena Photo Fest Carnival 2006. Selain saya, Zainal the photographer and Hafiz yang jadi driver turut serta.

What do I know about photography? Nothing would be the best answer and the only answer. Jadi it’s a great mystery jugaklah why the office picked me to join in. I was a bit hesitant as usual sebab satu kerja menambun kat office and most importantly the family tak ikut sekali. Apa ke jadahnya seronok.

The golden rule of pergi berjalan-jalan is to go with the people that you like and comfortable with. And in my book, that would be my family, and only my family.

However, I must admit that I was a bit excited jugak initially as I was under the impression that this would be something similar like the Amazing Race ker or at the very least the Explorace but I was dumbfounded when data tahu bahawasanya task race ni hanyalah untuk mengambil gambor-gambor aje. Boleh? Like how boring can it be!

And Ya Rabbi! It was boring to the maximum. Dahlah kena bangun awal pagi untuk catch Komuter then change to LRT to Dang Wangi sewaktu hari masih gelap gelita. They told me that the race starts at 8am from MTC in Jalan Ampang. Sampai kat Dang Wangi, menapak ler pulak ke MTC. Sampai2 aje, found out that the race starts at 10.30am after the launch of Photo Fest carnival.

The race was very the uneventful. First we were asked to take picture of Putra Mosque kat Putrajaya. Then proceed to Seremban Museum. How exciting, eh?

Lepas tu gi PD, kat sini adaler sedikit excitement sebab ada laut, and lepas tu singgah tengok extreme sport kat Extreme park. Quite interesting jugak rupanya the buggy and the ATV ni at close range.

Lepas tu singgah kat Eagle Ranch dan singgah amik gambar kat one jeti memancing dan lepas tu ke Nusa Dusun Orchard. By this time, hari dah petang dalam pukul 6. We rushed through the coastal road of Melaka until Pengkalan Balak or something.

Lepas menghabiskan masa kat tepi laut tah kat mana tah, we finally arrived kat Riviera Bay Hotel by 7.45pm. Naik bilik, mandi manda, turun makan jap, and then naik atas balik untuk apa lagi tidor ler. By 7.00am the next morning we checked out and pergi ambik gambar sikit lagi kat Bandar Melaka. By 12 something we were back at MTC.

Itu sajalah keseronokan yang dilalui.



Orang menangguk udang di laut Melaka. Masa ni hujan tapi abang tu tetap menjalankan kewajipan mencari rezeki. Insaf ler kejap.

Ini Zainal tengah dok pujuk makcik jual ikan tepi laut untuk bergambar


This is probably my best shot ever. Eversince forever. Cantikler jugak kan?


Extreme sports, participants dok sibuk amik gambar


Kami pergi naik Land Cruiser office. Itu Hafiz tengah naik buai. I will never buy a Land Cruiser. Siksa nak turun naik kereta. Dah lah badan berat.


Putra Mosque dari Lake Club

17.9.06

Orang Kayu

Alia and Arissa dengan Pakcik Kayu mereka

Hari ni masa we were on our way back home from Stesen Komuter - the ladies were picking me up after my trip to Melaka - we saw a carnival like atmosphere kat Caltex Station near our place. Saw beberapa orang kayu berlegar-legar di situ and decided to ambik gambar with one. Ini lah dia orang kayu tuh. Lepas amik gambar kami pun belah.

13.9.06

Tuition! Sekolah!


  • Ini Sekolah Menengah Methodist (ACS), Kampar, Perak. Sekolah saya, Yan, juga sekolah Abg Lan, Kak, Chor dan Mi. Rundown betul sekolah aku sekarang ni.

    Masa saya kecik-kecik dulu, tak ramai budak yang pergi tuition. Satu ramai yang tak ada duit, dan satu lagi attend tuition ni bukan satu budaya lagi macam sekarang ni. Dulu-dulu saya ada jugak pergi tuition sebab mak bapak saya ngeri tengok result periksa saya. Tapi saya pergi tuition pun masa Darjah 5 (waktu nak amik Penilaian) dan sekejap masa Form 3 (ini saja ikut kengkawan maklumler nak ambik SRP). Lepas tu sekejap masa Form 4 dengan tiga member Chinese saya. Other than that saya lebih berdendang-dendang. Macam kawan-kawan yang lain.

    Bila difikir-fikirkan, masa tu tuition memang tak berapa perlu sebab cikgu kat sekolah dah bagi more than 100 per cent. Tapi sekarang perlu sebabnya, kat sekolah memang cikgu banyak (bukan semua yer) yang mengajar ala-ala kadar ajer. Tambah-tambah sekolah kat Bandar. Tambah-tambah cikgu-cikgu yang baru lepas maktab.

    Jadik bila NST bukak episode tuition ni kelmarin, response saya hanyalah, inikan Malaysia, memangler macam tu. Bising jer sekejap, esok lupa we move on to another issue. Macam kes beg sekolah berat. Sampai sekarang ramai yang saya lihat budak-budak yang bawak beg macam bawak karung guni penuh batu. Tak pe, tak pe, muscle building namanya tu.

    Kalau ada isu yang saya rasa tidak adil di dalam system pelajaran sekarang ni ialah penggunaan Bahasa Inggeris yang melampau-lampau. Kasihan Arissa. Memang payah kena master the language mengalahkan native speaker. Kalau tak percaya, cuba selak-selak buku Science Year 4. Rasanya masa saya belajar English di Tingkatan 5 dulu pun tak setinggi itu dia punye level of English. Mamat manaler yang came up with the syllabus. Belum lagi kes Bahasa Malaysia. Ke saya punya BM dah jadi teruk ya amat?

    Kalau menulis panjang lebar pasal isu ni pun bukan nya sampai ke mana pun. Sekadar menulis aje lah ya. Tapi sebagai seorang bapa saya ingin sekali;-

    1. Sekolah menjadi sebuah tempat mendidik minda dan pekerti - seiring keutamaannya.
    2. Kembali martabatkan Bahasa Melayu. (saya dulu pun dari aliran Melayu jugak, kini bolehpun berbicara dan bekerja di dalam situasi yang 100 peratus menggunakan Bahasa Inggeris – yang penting ada kemahuan)
    3. Sukatan pelajaran tu biarlah berpada-pada sedikit susahnya. Rasanya dulu saya pergi sekolah rendah tak sesusah ini. Entahlah.

    Apapun semoga institusi sekolah ini akan lebih bertambah baik di masa hadapan. Tempat yang anak-anak kita suka pergi. Dan suka belajar. Dan akan menjadi tempat mereka melakarkan pesona diri masing-masing untuk dijadikan bekalan di kala usia mengenjak alam dewasa.

    Insya Allah!

11.9.06

Healthy Living

Siapa kah itu di dalam kolam?

Hari-hari Yan and yang menulis ni akan bercita-cita membuat resolusi untuk mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat. You know, to eat less and exercise more. So far, no good.

To kurangkan makan is really tough, kurang makan sikit mesti macam rasa gastric menyerang. Lepas tu angin satu badan, and lepas tu tak boleh buat apa2 dah sebab rasa tak sihat sangat2.

To exercise should be a better option, what with the pool and the gym sedia menanti at the ground of our kondo. But nak berenang hari2 pun susah sebab kalau tak sibuk, mesti hari hujan. YES!! Excuses, excuses, excuses.!

Anyway semalam selepas holding the birthday party the day before dan setelah makan segala benda yang sedaps-sedaps, we decided to mandi kat kolam. Went down at 9.30am. Lepas berenang one lap, rasa letih ya amat, macam rasa nak pitam pun ada. Penyudahnya, tergolek sana, tergolek sini dalam air buat synchronise swimming. Mesti orang yang tengok akan rasa geli, kan?
An hour and half later, decided to naik atas ngan Arissa. Yan masih bersemangat (sebenarnya berendam jer, tak bergerak2 pun dalam kolam tu) untuk meneruskan usaha ngan Asma, Alia and their friends Sakinah and Fatihah.

Naik atas, rasa ngantuk ya amat terus lentok. Dalam pukul 2 lebih Yan gerak ajak makan. Lepas tu tersadai kat sofa tengok The Triangle (Yan pulak terus masuk bilik, tidur) sebab missed it the night before sebab sibuk tengok Anugerah ERA. Lepas The Triangle, rasa lapar ler balik, makan nasi satu round lagi sekali. Lepas tu tu, buat2 baca buku Sherlock Holmes yang baru dibeli. Dah namanya Sherlock Holmes, lagi cepat ler ngantuk, sedar2 dah sampai ke Bidor.

So much for Healthy Living. Kena usaha lagik ni.

Birthday Party 2006


HAPPY BIRTHDAY OUR TWO ANGELS

It was supposed to be a gathering of Alia’s and Asma’s friends to celebrate their belated birthday. But many did not turn up which sort of dampen the celebration. But the show must go and it did go on…. In the end, it was not that bad, the girls had fun!!!!!

As usual mak ngan bapak took the role of party planners and thanks to David Tutera, Yan managed to come up with a fresh look for the main party table. Since Alia and Asma are already have their own mind, they chipped in whenever possible, like preparing the goodie bags and other decorations.

But somehow, the whole entire affair was not that tiring anymore, unlike the many other majlis yang terdahulu.


Menu of the Party

Nasi himpit
Rendang Ayam Pedas
Makaroni Goreng
Shepherd Pie
French Fries
Karipap
Kek
Air Sirap


Games Played At the party

Sound Charades – (Asma kena buat bunyi Mawi, camna tu?)
The Amazing Race – Alia punyer team stalled masa kena cari 10 tanda nama logo dalam magazines. Lepas tu they have to teka nama perisa makanan and they perform task buat karipap. Sapa yang tak biasa masuk dapur tu merasalah. Team Arissa terpaksa appoint dia as consultant sebab dia sorang jer tahu nak kelim tepi karipap. Termasuk ler kakak dia sendiri Alia.
Making Up – Yan donate dia punya make up kit and apa lagi, budak-budak tu jadi tak keruan ler. Girls will be girls.
Malaysia’s Next Top Model – Dah make-up cantik2, ada ler pulak catwalk contest.
SK 20 School Musical – Lepas tu, bila bapak dah masuk bilik tidur, the girls turned on the heat and danced the evening away.



Asma tunjuk skill buat karipap

Cari, cari jangan tak cari. The Amazing Race in progress

The Malaysian Next Top Model punya contestants

Last year's winner - Arissa


The gang at the party bergambar dengan kaftan biru Yan.


Winner of Malaysia's Next Top Model was chosen ala Survivor. Ini Asma at the Tribal Council


dan pemenangnya ialah Elfa - siap dengan tiara lagi


Mari berdansa

Makanan yang yummy sangat2

Makanan yang delicious dari angle lain..

7.9.06

In Coversation With Asma

Berbual dengan Asma kena sering berhati-hati. Silap langkah, kelu lidah.Banyak sangat membaca kot, jadi memacam benda nak tahu. Kadang-kadang memang malas nak layan…. Macam yang terjadi tempoh hari bilamana dia bertanya dengan Yan. Ikutilah kisah seterusnya…

Babak: Waktu santai lepas makan tengahari. Yan sedang menonton Hallmark Channel and then datang Asma (dengan soalan mautnya):-

Asma: Mak, mak pernah buat seks dengan bapak tak?

Yan: (terperanjat beruk dan rasa nak pitam) err, err, err. Hish kamu ni.

Asma: Cakapler Mak!!!

Yan: (Dengan harapan supaya perbualan tak berpanjangan) Hish! Tak pernah la.

Asma: Aik! Kalau tak pernah, kami tiga orang ni datang dari mana?


Macam mana nak jawab tu?

Opah Kampor

In our household, our daughters have two grandmothers whom they referred to as Opah Temoh (that’s my mother) and Opah Kampor (mak Yan). The reason is to differentiate the two opahs - so refer them based on the locations of their homes. Satu di Temoh dan satu lagi di Kampar. Dua2 di Perak yeer.

Anyways, ini citer my mother in law. Opah Kampor. Those who know her will agree with me that this one lady is one of the most charming and accommodating women ever.

A few nights ago, we were looking at some old photos and the kids were laughing at gambor2 kahwin Opah Kampar. Tahu-tahuler zaman 60an. Mesti kenduri yang ala-ala meriah lagi sederhana gitu. Dengar citer kenduri kawin Opah Kampar siap dengan persembahan pentas kat padang sekolah lagi. Almaklum ler Opah Kampar , cikgu sekolah kat kampong tu. Dan zaman tu kalau cikgu sekolah tarafnya mengalahkan menteri, tak begitu? Kita tengok gambar aje pun dah dapat merasakan kemeriahan perkahwinan yang dilangsungkan. Walaupun sebenarnya Opah Kampar kawin dengan cikgu besar Sekolah Air Itam Labu , seorang duda beranak tiga. Tetapi jangan salah sangka , ini bukan kes rampas2 yer, sapa2 yang nak tuduh mak mentua aku tak tentu pasai, mari sini aku cabai mulut hang pa.

Zaman dulu, tahun 1961, mana ada orang ada peluang nak gi dating. Zaman dulu, biasaler, mesti arrange marriage punyer.

Anyway, knowing Asma, bila dia found out yang Opah Kampar punya wedding diadakan sebegitu meriah and then dah tahu pulak Opah Kampor ialah isteri kedua, maka kepala otak dia pun mulalah nak sama kan kisah itu dengan wedding a certain celebrity yang baru melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini.

Bulat mata Asma bila dia berkata: “Aha! Dia ada Datuk K, kita ada Opah K!!!!”

4.9.06

Mimpi Mawi

Yang ini bukan mimpi, Mawi bertemu Tuan Guru last year.

Yan mimpi lagi malam kelmarin. Yan kalau bermimpi, memang pelik-pelik. Kali ni mimpi extra pelik.

"Mimpi Yan kali ini tentang Mawi datang ke rumah mintak tolong jahitkan baju untuk dipakai ke Anugerah ERA 2006 pada 9 Sept 2006 nanti.
Lepas amik measurement segala, Mawi pun balik. Lepas tu baru tersedar yang Mawi datang hari Jumaat dan Anugearh ERA is on the next day (mimpi advance lagi). So Yan jadi mengelabah sebab sure tak cukup masa punyer nak siap baju. Try call orang Maestro merata-rata nak contact Mawi balik nak bagi tahu tak sempat nak jahit. Sampai siap call Freddie Fernandez. Macam Ina ler pulak.
Last-last dapat cakap ngan Mawi: “Mawi akak mintak maaf ler, tak sempat nak jahit baju tu. Kalau masak-masak boleh ler kak buat.”


All this in a mimpi. Boleh?

3.9.06

Good Luck Our Sweetheart!


The Moments of Truth. UPSR is here. Good Luck to Our Sweetheart!
You Go Girl!!!!

2.9.06

Ada Apa Pada Nama?


Ya, ada apa pada nama? Well, if you ask me - a lot like your self worth. That's why I blew my top today (my version of blowing my top ler).

It started when I was flicking through the latest VM magazine this morning and I noticed that my name is no longer a sub-editor of the magazine but just one of the writers. And no one had the decency to tell me of this new development. So much for giving most of my time - at the expense of family time - to the company. Yeah right, now people will of course say that I'm such a lousy employee that this company had to demote me.

So I wrote a nasty email and switched off my PC and walked off from the office. They tried to call me while I was driving but I was to rile up to talk to these people.

But the best thing is that I just got an email and the boss had sent email to those concern to put me back in as the sub editor in the next issue. Ya lah tu.... nasi sudah menjadi bubur.